Mesej Bocor: PAS Selangor Ikrar Setia - Semasa | mStar

Mesej Bocor: PAS Selangor Ikrar Setia

Paparan skrin perbualan AJK PAS Pusat yang bocor kepada umum kini menjadi polemik di kalangan Pakatan Rakyat.
PETALING JAYA: PAS Selangor tidak mahu dikaitkan dengan kontroversi mesej WhasApp Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Pusat (PPP), Dr Mohd Zuhdi Marzuki berhubung masa depan parti itu dalam Pakatan Rakyat (PR).

Setiausahanya, Mohd Khairuddin Othman berkata, PAS Selangor tidak pernah dimaklumkan atau terlibat dalam apa-apa perbincangan yang menyumbang kepada pandangan yang dibuat oleh Mohd Zuhdi.

"Tidak ada perbincangan mengenai perkara itu dan PAS Selangor komited serta setia kepada Pakatan Rakyat."

"Pandangan yang dibuat oleh Dr Zuhdi tidak memberi kesan kepada PAS Selangor dan pandangan yang dibuat olehnya adalah semata-mata pendapat peribadi beliau," katanya menerusi kenyataan pada Rabu.

Mohd Zuhdi mencetuskan kontroversi apabila mesejnya dalam kumpulan WhasApp Ahli Jawatankuasa PAS Pusat berhubung cadangan supaya PAS keluar daripada PR bocor dan menjadi viral di Internet.

Menerusi mesej paparan skrin yang disebarkan itu, Mohd Zuhdi memberi analisis senario bagaimana PAS boleh membentuk kerajaan negeri Selangor baharu dengan kerjasama 12 Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Umno dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelabuhan Klang, milik Menteri Besar, Tan Sri Khalid Ibrahim dan satu kerusi tambahan milik Adun PKR.

PAS , Pakatan Rakyat , Mohd Zuhdi Marzuki

Artikel Sebelum

Khalid Jumpa Nik Aziz Minta Restu?

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain