Agong Ziarah Waris Mangsa MH17 - Semasa | mStar

Agong Ziarah Waris Mangsa MH17

Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Abdul Halim Mu`adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tuanku Hajah Haminah bersama Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek serta Menteri Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rohani Abdul Karim (kanan) selepas baginda berdua berkenan menemui anggota keluarga kru dan penumpang pesawat Malaysia Airlines MH17 di Putrajaya, Sabtu. -fotoBERNAMA
PUTRAJAYA: Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah pada sabtu mencemar duli menziarahi keluarga mangsa pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 di Hotel Marriot di sini.

Suasana pilu menyelubungi suasana sepanjang 45 minit baginda berdua meluangkan masa bertemu dengan waris mangsa untuk bertanya khabar serta menyampaikan ucapan takziah. 

Pertemuan itu melibatkan 100 orang daripada 30 keluarga penumpang dan juga kru pesawat tersebut.

Terdahulu Seri Paduka Baginda berdua mendengar taklimat mengenai nahas Penerbangan MH17 itu yang disampaikan oleh Pengarah Perkhidmatan Pelanggan MAS Datuk Mohd Salleh Tabrani.

Sementara itu jurucakap MAS memberitahu kebanyakan keluarga terbabit akan pulang ke rumah masing-masing sempena Aidilfitri manakala yang lain dijangka terus menetap di hotel tersebut bagi menunggu perkembangan terkini.

Turut hadir Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Liow Tiong Lai serta Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Seri Rohani Abdul Karim.

Penerbangan MH17 yang dikendalikan oleh pesawat Boeing 777-200 bersama 298 penumpang dan anak kapal terhempas, dipercayai akibat ditembak, di Donetsk, timur Ukraine, Khamis lepas.

Pesawat itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain