Polis Tahan Empat Lelaki Bantu Siasat Kes Culik Empat Sekeluarga - Semasa | mStar

Polis Tahan Empat Lelaki Bantu Siasat Kes Culik Empat Sekeluarga

GEORGE TOWN: Polis memberkas empat lelaki bagi membantu siasatan kes samun dan culik empat sekeluarga dalam kejadian di Taman Hutching di sini awal bulan ini.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Mior Faridalathrash Wahid berkata keempat-empat lelaki berusia 21 hingga 42 tahun itu diberkas menerusi tiga serbuan di sekitar Sungai Petani, Kedah, pada Sabtu lalu. 

Dua daripada mereka ditahan kerana membeli barangan samun daripada suspek yang berusia 32 tahun itu, manakala seorang lagi rakan serumah suspek, katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Mengulas kes tersebut, Mior Faridalathrash berkata dalam kejadian 4.30 pagi pada 3 Julai lalu, mangsa bersama isteri dan dua anak perempuan mereka dilarikan oleh dua suspek bersenjatakan parang yang sebelum itu menyamun rumahnya.

Katanya mangsa yang juga ahli perniagaan bagaimanapun berjaya melarikan diri ketika disuruh turun dari kereta untuk mengeluarkan wang di sebuah mesin pengeluaran wang automatik di Perai.

Isteri dan dua anak mangsa pula ditemui ditinggalkan di tepi jalan di Tikam Batu, Kedah kira-kira setengah jam kemudian, katanya.

Menurut Mior Faridalathrash kereta jenis Mercedes Benz milik mangsa ditemui di belakang sebuah bengkel kenderaan di Bandar Perdana, Sungai Petani sehari selepas kejadian.

Katanya polis kini menjejaki seorang lagi lelaki yang dipercayai rakan subahat suspek pertama dalam kejadian samun dan culik itu.

Dua lelaki ini dipercayai terbabit dalam sekurang-kurangnya tujuh kes samun dan pecah rumah di sekitar Pulau Pinang dan Kedah, katanya.

Artikel Sebelum

MH17: Anwar Puji Kejayaan Najib

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Cekap tangani isu sekolah daif, Kementerian Pendidikan sasar selesai tiga tahun lagi

KEMENTERIAN Pendidikan sedang bekerja keras dalam usaha membaiki dan membina semula sekolah yang dalam keadaan daif di seluruh negara.

default image

Populasi penduduk kunci utama PSKL2040

DBKL menekankan aspek populasi penduduk sebagai kriteria utama dalam merangka pelan pembangunan di ibu kota.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

Artikel Lain