Pasukan Siasatan Khas Malaysia Berlepas Ke Kiev - Semasa | mStar

Pasukan Siasatan Khas Malaysia Berlepas Ke Kiev

Seorang anggota penyelamat Ukraine melihat serpihan-serpihan pesawat penerbangan MH17.
SEPANG: Satu pasukan siasatan khas dengan 116 anggota akan berlepas ke Kiev, Ukraine malam ini (Jumaat) bagi menjalankan siasatan menyeluruh mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH17 yang terhempas pada Khamis.

Ketua Pengarah Jabatan Penerangan Datuk Ibrahim Abdul Rahman berkata pasukan itu disertai Pasukan Mencari dan Menyelamat Khas Malaysia serta satu pasukan perubatan.

Pegawai dan anggota pelbagai jabatan kerajaan termasuk tentera, Jabatan Pertahanan Awam, Forensik Polis, Jabatan Kimia, Majlis Keselamatan Negara, Jabatan Penerbangan Awam dan media rasmi turut menyertai pasukan itu yang akan berlepas ke ibu negara Ukraine itu dengan pesawat khas pada 8 malam ini, katanya di Lapangan Terbang Antarabangsa KL, Jumaat.

Awal pagi tadi, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berikrar untuk menyiasat secara terperinci punca yang menyebabkan pesawat MH17 terhempas di Ukraine.
Pihak berkuasa Ukraine percaya pesawat komersil itu telah ditembak jatuh.

Hari ini, MAS mengesahkan bahawa MH17 membawa 283 penumpang pelbagai warganegara dan 15 anak kapal Malaysia.
Pesawat Boeing 777-200 itu dalam perjalanan dari Amsterdam pada 12.15 tengah hari Khamis (waktu Amsterdam) dan dijadual tiba di Kuala Lumpur pada 6.10 pagi Jumaat (waktu Malaysia).

Kiev , MH17 , pasukan siasatan

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

Artikel Lain