Lebih Separuh Rakyat Berpandangan Selangor 'Di Arah Yang Betul' - Semasa | mStar

Lebih Separuh Rakyat Berpandangan Selangor 'Di Arah Yang Betul'

Datuk Teng Chang Khim

SHAH ALAM: Lebih separuh daripada warga Selangor dikatakan gembira dengan hala tuju yang betul yang diambil oleh pentadbiran Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, menurut kaji selidik Merdeka Centre.

Daripada 6,432 orang yang menjawab kaji selidik itu, 54 peratus bersetuju bahawa kerajaan negeri menuju ke arah yang betul dari segi sosial, ekonomi dan politik walaupun dibelenggu beberapa isu baru-baru ini.

Daripada 54 peratus itu, 11 peratus berkata negeri 'menuju ke arah yang sangat betul' dengan baki 43 peratus yang lain menyatakan arah negeri itu adalah 'betul'.

"Keputusan yang agak menyenangkan ini adalah hasil tinjauan yang dijalankan apabila terdapat bantahan mengenai isu-isu seperti Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex), krisis air dan isu Bible yang telah dilaporkan secara meluas dalam media," kata Pengerusi Jawatankuasa Tetap Kerajaan Tempatan, Kajian dan Penyelidikan Negeri Datuk Teng Chang Khim pada sidang akhbar di sini.

Beliau menambah, kajian menunjukkan rakyat Selangor lebih prihatin dengan isu-isu asas, seperti tadbir urus yang baik, infrastruktur, penyelenggaraan dan kebersihan.

Kaji selidik itu yang dijalankan antara 16 Mei dan 6 Julai, adalah yang pertama bagi negeri dan akan dilakukan dua kali setahun sebagai satu cara untuk mengukur prestasi majlis-majlis tempatan, kata Teng.

Teng berkata 72 peratus daripada responden berpuas hati dengan kualiti hidup dalam komuniti mereka.


Beliau mengakui isu kenaikan cukai pintu adalah satu kebimbangan untuk negeri ini kerana ramai responden menentang pembayaran cukai yang lebih tinggi.

"28 peratus daripada responden bersedia membayar cukai taksiran yang lebih tinggi jika perkhidmatan majlis tempatan bertambah baik.

"Walau bagaimanapun, 54 peratus mahu cukai taksiran dikekalkan pada standard perkhidmatan semasa" katanya.

Teng berkata, negeri ini perlu melakukan beberapa tindakan meyakinkan jika ia bercadang untuk menaikkan kadar taksiran.


"Kami tidak mempunyai apa-apa yang hendak disembunyikan dan mahu rakyat tahu hasil kajian itu.

"Ia juga akan membantu majlis-majlis tempatan bagi menunjukkan bahawa masih ada ruang untuk penambahbaikan," katanya.
kaji selidik , Merdeka Centre

Klik

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain

Guardiola bakal tinggalkan City?