suria

Kemahiran Bahasa Kriteria Wajib Calon MCA

KUALA LUMPUR: Calon-calon MCA pada pilihan raya umum akan datang mesti mahir dalam bahasa dan menguasai sama ada dua atau tiga daripanya iaitu bahasa Melayu, Inggeris dan Mandarin.

"Selain itu mereka mesti mempunyai latar belakang yang bersih dan memaparkan kelakuan baik," kata Presiden parti, Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Menurut beliau itu merupakan sebahagian daripada mekanisme pemilihan calon-calon di bawah pelan transformasi parti.

Diminta mengulas lanjut, Liow berkata garis panduan mengenainya terkandung di dalam buku pelan transformasi MCA.

Antara lain, garis panduan itu menggariskan bahawa calon bagi peringkat negeri mestilah mempunyak kalayakan akademik minimum iaitu lulusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setaraf.

Manakala bagi calon kerusi Parlimen, mereka mestilah merupakan pemegang ijazah dan ke atas.

Kata Liow lagi, calon-calon MCA juga akan dipilih melalui kaji selidik peringkat dalaman dan awam bagi memastikan wakil-wakil parti memberikan perkhidmatan yang terbaik kepada rakyat.

Katanya kaji selidik itu juga akan membantu parti memilih calon-calon yang paling sesuai dan diterima secara meluas oleh pengundi," kata Liow kepada pemberita pada Ahad.
MCA, Liow Tiong Lai

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain