suria

Baju Raya Siap 24 Jam

KUALA LUMPUR: Orang ramai yang inginkan pakaian raya mereka siap dalam tempoh 24 jam, boleh berbuat demikan pada program 'Warna-Warni Aidilfitri' anjuran Kraftangan Malaysia di Kompleks Kraf di Jalan Conlay di sini mulai Sabtu depan hingga 23 Julai.

Pada program itu, mereka juga boleh mengubah suai pakaian raya, membuat jahitan manik, jahitan langsir dan tudung kepala.

Selain itu, Kraftangan Malaysia dalam satu kenyataan berkata pertandingan seni kreatif jahitan, sulaman, hiasan kusyen, jahitan tulang belut leher baju kurung dan baju Melayu turut diadakan.



Warna-Warni Aidilfitri akan berlangsung dari pukul 10 pagi hingga 10 malam yang disertai 300 usahawan.


Jualan bazar kraf, juadah antarabangsa dan 'car boot sales' akan turut diadakan.

Tidak ketinggalan ialah program tazkirah yang menampilkan antara lain Imam Muda Asyraf, Ustaz Haslin (Ustaz Bollywood) dan Uztaz Kazim Elias. 



baju melayu, Kraftangan Malaysia

Artikel Lain