Najib Berbuka Puasa Bersama Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri - Semasa | mStar

Najib Berbuka Puasa Bersama Menteri, Menteri Besar, Ketua Menteri

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak beramah mesra dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sambil disaksikan oleh Ketua Hakim Negara, Tun Arifin Zakaria (kiri) pada majlis berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana pada malam Rabu.

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berbuka puasa bersama anggota Kabinet, Menteri Besar dan Ketua Menteri di kediaman rasminya di Seri Perdana, malam Rabu.

Turut hadir isteri beliau Datin Seri Rosmah Mansor, bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, Ketua Hakim Negara Tun Arifin Zakaria dan Yang Dipertua Dewan Negara Senator Tan Sri Abu Zahar Ujang.

Majlis berbuka puasa itu turut disertai pegawai-pegawai kanan kerajaan, wakil-wakil syarikat berkaitan kerajaan serta Ketua-ketua Pesuruhjaya Pandu Puteri Komanwel.

Pada majlis itu, Najib dan isteri turut meraikan dan menyampaikan sumbangan kepada 30 anak yatim Pusat Jagaan Kanak-kanak Yatim/Miskin Rukaiyah dari Sungai Merab, Kajang.

Perdana Menteri serta para hadirin turut menunaikan solat Maghrib, Isyak dan tarawih berjemaah.


Najib , Komanwel

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

Artikel Lain