Militan: Pensyarah, Kakitangan PBT Antara Lima Suspek Diburu Polis - Semasa | mStar

Militan: Pensyarah, Kakitangan PBT Antara Lima Suspek Diburu Polis

Lima suspek yang diburu polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan.

PETALING JAYA: Seramai lima rakyat Malaysia termasuk seorang pensyarah Universiti Malaya dan seorang kakitangan Majlis Perbandaran Selayang dihendaki polis kerana disyaki terlibat dalam kegiatan militan.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, Bahagian Anti-Keganasan, Cawangan Khas Ibu Pejabat Polis Bukit Aman mengenal pasti kesemua mereka kini bersembunyi dipercayai di selatan Filipina.

Beliau berkata, ia merupakan hasil siasatan ke atas 19 anggota militan yang ditahan sejak 28 April lalu.

“Tiga daripada mereka disyaki terlibat dalam merekrut dan mengatur pemergian anggota-anggota militan dari Malaysia untuk menyertai kumpulan Negara Iraq dan Jajahannya (ISIL) di Syria, manakala dua lagi adalah anggota Darul Islam Sabah yang kini menyertai Kumpulan Abu Sayyaf (ASG) di selatan Filipina,” katanya dalam satu kenyataan pada Rabu.

Lima individu yang dikehendaki polis itu adalah, Dr Mahmud Ahmad, 38, yang bertugas sebagai Pensyarah Fakulti Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya; Mohd Najib Husen, 36, berasal dari Petaling Jaya dan memiliki kedai photostat dan alat tulis di universiti yang sama dan seorang kakitangan Jabatan Urusetia Majlis Perbandaran Selayang (MPS), Muhammad Joraimee Awang Raimee, 39.

Dua individu lagi disyaki yang menganggotai kumpulan Darul Islam Sabah dikenali sebagai Mohd Amin Baco, 31, penganggur dan Jeknal Adil, 30, bekerja sebagai buruh kasar. Kedua-duanya berasal dari Tawau, Sabah. 

Khalid berkata, orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Mohd Hazil Azhar di talian 03-22667010 atau 011-6850, atau mana-mana balai polis berdekatan.

 

 

 

 

 

 

militan , Khalid Abu Bakar , cawangan khas

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

Artikel Lain