suria

Bersedekah Sempena Ramadan: Peniaga Tambah Bekalan

Imran Khan sedang melipat koleksi sejadah yang dijual di kedainya di Jalan Munshi Abdullah untuk persiapan Ramadan.
PETALING JAYA: Amalan bersedekah di surau, masjid dan rumah kebajikan bagaikan sesuatu yang menjadi kebiasaan sepanjang Ramadan sama ada dalam kalangan individu atau korporat.


Segalanya bagi mengejar keberkatan bulan mulia ini dengan syarat ia dilakukan secara ikhlas.

Bagi yang berhasrat membeli pelbagai barangan untuk disedekahkan, lokasi yang wajar dikunjungi pastinya Jalan Munshi Abdullah, sekitar Masjid Jamek di ibu negara.

Pelbagai barangan seperti al-Quran, sejadah dan kopiah dijual di sini pada harga berpatutan.

Peniaga di situ, Imran khan berkata, amalan bertadarus meningkatkan jumlah permintaan al-Quran setiap kali menjelang Ramadan sehingga Syawal.

Sehubungan itu, pemuda berusia 28 tahun itu akan memastikan bekalan yang mencukupi disediakan untuk tidak menghampakan pembeli terutama yang mahu menunaikan hajat  bersedekah.

"Selain al-Quran, kami mempunyai pelanggan tetap yang membeli sejadah, kopiah dan songkok," katanya kepada mStar Online.

Tinjauan mendapati seunit al-Quran boleh didapatkan diantara RM15 sehingga RM250, begitu juga sejadah, manakala kopiah pelbagai warna dan rekaan pula dijual antara RM15 hingga RM55.


Artikel Lain