suria

Lelaki Maut, Kereta Bertembung Bas

TAWAU: Seorang lelaki maut apabila kereta dipandunya bertembung dengan sebuah bas di kilometer 58 Jalan Tawau-Kunak, dekat sini, Jumaat.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata Prasant G.C Bsujan, 30, disahkan meninggal dunia di Hospital Kunak akibat kecederaan parah di bahagian kaki dan kepala dalam kejadian kira-kira pukul 4.55 pagi itu.

Beliau berkata siasatan awal mendapati semasa kejadian mangsa dalam perjalanan dari Tawau ke Lahad Datu.

"Apabila sampai di tempat kejadian mangsa dipercayai gagal mengawal kenderaan lalu hilang kawalan dan bertembung sebuah bas dari arah bertentangan," katanya dalam satu kenyataan di sini.

Awang Besar berkata pemandu bas Mohd Saat Tahir, 25, dan beberapa penumpang bas berkenaan tidak cedera.

Tawau

Artikel Berikut

Artikel Lain