Rogol: Tahanan Penjara Dihukum Penjara Lagi 23 Tahun, Enam Sebatan - Semasa | mStar

Rogol: Tahanan Penjara Dihukum Penjara Lagi 23 Tahun, Enam Sebatan

KUALA LUMPUR: Seorang tahanan yang dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan 21 sebatan sebelum ini, dijatuhi hukuman penjara 23 tahun dan enam sebatan lagi oleh Mahkamah Sesyen pada Khamis selepas didapati bersalah merogol dan mencuri wang dan telefon bimbit milik penuntut kolej.

Hakim Emelia Kaswati Mohamad Khalid menjatuhkan hukuman itu terhadap Chai Ruong Huei, 29, yang kini menjalani hukuman di Penjara Kajang, selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan pada akhir kes pembelaan.

Mahkamah menjatuhkan hukuman penjara 18 tahun dan enam kali sebatan bagi pertuduhan merogol dan penjara lima tahun bagi pertuduhan mencuri.

Bagaimanapun Chai yang sebelum ini bekerja di sebuah kedai jam hanya perlu menjalani hukuman penjara 18 tahun untuk pensabitan ini selepas mahkamah memerintahkan hukuman itu berjalan secara serentak.

Mahkamah turut memerintahkan Chai menjalani hukuman itu bermula selepas dia selesai menjalani dua hukuman sebelum ini yang dijatuhi mahkamah sama iaitu penjara 18 tahun dan sembilan sebatan pada 26 Mac lepas dan penjara 18 tahun dan 12 sebatan pada 25 April lepas kerana merogol mangsa berlainan.

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja, ketika kejadian berusia 19 tahun, di sebuah hotel di Jalan Bukit Bintang, Dang Wangi dekat sini pada 1.15 tengah hari, 25 Oktober 2010.

Chai yang memakai baju lokap berwarna merah kelihatan bersahaja di dalam kandang tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan.

Chai juga didakwa mencuri barang milik mangsa iaitu wang tunai RM500 dan telefon bimbit jenis Sony Ericson pada masa dan tempat yang sama mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga tujuh tahun atau denda atau kedua-duanya.

Peguam Raymond Yap yang mewakili tertuduh memohon hukuman ringan dikenakan terhadap anak guamnya bagaimanapun Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie memohon hukuman berat diberikan terhadap tertuduh kerana ia merupakan kesalahan serius.

Sepuluh saksi pendakwaan dan seorang saksi pembelaan iaitu tertuduh memberi keterangan sepanjang perbicaraan itu.
tahanan penjara , sebat , rogol

Artikel Sebelum

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

Artikel Lain

Hasrat tunai umrah lebur ditipu 'ustaz'