suria

Bot Nelayan Bocor Di Tengah Laut, 13 Awak-Awak Diselamat

KOTA KINABALU: Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kudat menyelamatkan sebuah bot pukat jerut yang hampir karam dengan 13 awak-awaknya di kawasan perairan berhampiran Pulau Banggi pagi Rabu.

Ketua Penguat Kuasa Maritim Daerah Kudat Leftenan Komander Maritim Mohd Hafidz Mohd Tajuddin berkata bot itu hampir karam selepas dimasuki air sedalam satu meter akibat kebocoran di bahagian dinding hadapannya pada 9.20 pagi.

"Kapal peronda APMM yang menjalankan operasi penguatkuasaan kira-kira 10 pagi di lokasi berkenaan menyedari bot itu berada dalam keadaan tidak stabil," katanya dalam kenyataan di sini, Khamis.

Menurutnya juragan bot itu cuma menyedari kebocoran bot itu selepas mereka menangkap ikan di sekitar Pulau Malawali.

Ketika anggota APMM menemui bot itu yang sepanjang 25 meter bersama awak-awaknya yang berumur antara 15 dan 40 tahun, ia sarat dengan muatan dan bahagian hadapannya sudah tenggelam kerana dimasuki air.

Mohd Hafidz berkata kapal peronda APMM segera memberi bantuan dengan mengiringi bot itu ke Pelabuhan Kudat.


Maritim, Sabah

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain