suria

Sultan Johor Pengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu

Sultan Ibahim
KUALA LUMPUR: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar  mempengerusikan Mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu kali Ke-235, di Istana Negara di sini, Rabu.


Mesyuarat dua hari itu dihadiri oleh semua Raja Melayu kecuali Pahang.

Yang turut hadir ialah semua Yang Dipertua Negeri.

Raja-Raja Melayu diiringi menteri besar masing-masing manakala Yang Dipertua Negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Melaka diiringi oleh ketua menteri mereka.

Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah dan Raja Permaisuri Agong Tuanku Hajah Haminah dijadual berangkat menghadiri majlis santapan malam ini bersempena mesyuarat Majlis Raja-Raja Melayu itu.

Seri Paduka juga dijadual berangkat ke mesyuarat majlis itu esok.


Artikel Lain