Audit: 67 Penjawat Awam Seleweng, Salahguna Kuasa, Salah Laku Dan Cuai - Semasa | mStar

Audit: 67 Penjawat Awam Seleweng, Salahguna Kuasa, Salah Laku Dan Cuai

KUALA LUMPUR: Seramai 67 pegawai perkhidmatan awam didapati bersalah dalam kes penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas sehingga 13 Jun lalu.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam (JPA), Tan Sri Mohamad Zabidi Zainal berkata, hukuman itu dikenakan berdasarkan teguran yang disiasat oleh Jawatankuasa Siasatan dalam Laporan Ketua Audit Negara 2012.

Beliau bercakap pada sesi (terbuka) Townhall Tindakan Susulan Laporan Ketua Audit Negara Tahun 2012 dan 2013 (Siri 1 dan 2) di sini, Selasa.

Beliau berkata, selain itu, 10 pegawai didapati tidak bersalah, manakala 88 pegawai lagi masih dalam prosiding tatatertib/surcaj/mahkamah. 

Katanya, kesemua pegawai yang didapati bersalah akan berhadapan dengan hukuman tatatertib yang ditetapkan Lembaga Tatatertib, antaranya dibuang kerja, diberi amaran, dikenakan tindakan surcaj dan penangguhan pergerakan gaji.

"Daripada jumlah itu, seorang pegawai telah dibuang kerja, 29 pegawai dikenakan tindakan surcaj, denda (dua), amaran (21), tangguh pergerakan gaji (1).

"Sebanyak 12 pegawai pula dikenakan surcaj dan amaran dan seorang pegawai lagi diberi amaran serta ditangguhkan pergerakan gaji," kata Mohamad Zabidi.

Sesi Townhall itu merupakan yang pertama kali diadakan bagi membolehkan pihak media berinteraksi dan mendapat maklum balas yang lebih terperinci daripada kementerian dan agensi berkaitan Laporan Ketua Audit Negara 2013 Siri 2. 

Turut hadir Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Paul Low Seng Kuan, Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang, ketua setiausaha kementerian, ketua jabatan dan agensi kerajaan.

Mohamad Zabidi berkata, bermula Laporan Audit Negara 2012, tindakan lebih tegas dan proaktif dilaksanakan kerajaan dengan menubuhkan Jawatankuasa Siasatan bertujuan mempercepat proses siasatan ke atas teguran bersifat punitif (teguran melibatkan penyelewengan, penyalahgunaan kuasa, salah laku atau kecuaian pelaksanaan tugas).

"Kita akan memperbaiki mutu perkhidmatan melalui proses transformasi dan menyemak semula prosedur serta peraturan perkhidmatan penjawat awam," katanya.

Mohamad Zabidi berkata, melalui proses transformasi, keupayaan individu juga perlu diambil kira dalam memastikan kerajaan memiliki pegawai yang kompeten dan berintegriti.

"Setiap individu perlu memiliki ilmu serta tahu undang-undang dan peraturan maka kesilapan tidak mungkin akan berlaku. Jika berlaku sekalipun, ia tidak disengajakan," jelas beliau.

Katanya segala kelemahan dan kesilapan pegawai perkhidmatan awam yang dilaporkan dalam laporan itu akan dijadikan iktibar manakala tindakan tatatertib yang dikenakan akan dijadikan pengajaran kepada pegawai lain.

Laporan Audit Negara

Klik

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

Artikel Lain