suria

Kerajaan Tangguh RUU LHDN

KUALA LUMPUR: Kerajaan pada Selasa menangguhkan bacaan kali kedua Rang Undang-undang (RUU) Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (Pindaan) 2014.

Usul penangguhan tersebut dibentangkan oleh Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan pada awal sesi soal jawab lisan di Dewan Rakyat.

Mengikut senarai Aturan Mesyuarat dan Usul-usul Dewan Rakyat, RUU Lembaga Hasil Dalam Negeri (Pindaan) 2014 akan dibacakan untuk kali kedua hari ini (Selasa).

RUU berkenaan mencetuskan kontroversi apabila pemimpin pembangkang menolak kandungannya yang antara lain bagi mewujudkan sebuah panel pelaburan dalam LHDN.

Ia berikutan kenyataan Ahmad sebelum ini yang mengesahkan kerajaan akan menubuhkan unit pelaburan dalam LHDN untuk melakukan pelaburan yang sesuai.


Dewan Rakyat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain