TLDM Selamat Kapal Tangki MT Ai Maru - Semasa | mStar

TLDM Selamat Kapal Tangki MT Ai Maru

KUALA LUMPUR: Kapal Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM), KD Terengganu menyelamatkan kapal tangki minyak MT Ai Maru yang ditawan lanun pada Sabtu di Selatan Pulau Aur, Mersing.

Dalam satu kenyataan malam Ahad, Kementerian Pertahanan berkata kapal milik Singapura itu yang membawa 'Marine Gas Oil' telah ditawan lanun kira-kira 30 batu nautika selatan Pulau Aur kira-kira 8.30 pagi dan diselamatkan kira-kira 1.40 pagi tadi. 

"Sebaik menerima laporan, KD Terengganu yang berpangkalan di Tanjung Gelang, Kuantan telah diarahkan untuk memintas kapal tangki itu dan kemudian mengesannya bersauh di posisi 155 Pulau Aur. 

"Perhubungan komunikasi dengan MT Ai Maru cuba diwujudkan namun gagal," menurut kenyataan itu.

Ia berkata bagaimanapun lanun telah melarikan diri dengan menggunakan bot laju ke perairan antarabangsa selepas menyedari kehadiran KD Terengganu. 

"Semua kru kapal dipercayai berada dalam keadaan selamat. Kapal kemudiannya diserahkan kepada Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Wilayah Selatan untuk siasatan lanjut," kata kenyataan itu.

Terdahulu Timbalan Ketua Pengarah (Operasi) APMM, Datuk Mohd Puzi Ab Kahar mengesahkan kapal tangki itu membawa kira-kira 700,000 liter minyak diesel yang bernilai RM1.4 juta.

Beliau berkata pihaknya turut menyiasat kemungkinan terdapat penglibatan orang dalam termasuk anak kapal dan kaptennya dalam kejadian itu.
TLDM , MT Ai Maru

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

WKB 2030 fokus 9 kumpulan terpinggir, ketahui siapa mereka

PENGURUSAN polariti dalam WKB 2030 mengenal pasti sembilan kumpulan sasaran sebagai golongan terpinggir.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

Artikel Lain