Kementerian Kesihatan Gubal Akta Pastikan Bekalan Air Benar-Benar Selamat - Semasa | mStar

Kementerian Kesihatan Gubal Akta Pastikan Bekalan Air Benar-Benar Selamat

SEGAMAT: Kementerian Kesihatan sedang menggubal akta yang membolehkan kementerian itu mempunyai kuasa untuk memastikan bekalan air kepada pengguna bukan sahaja daripada sumber yang bersih, bahkan selamat dan mengikut piawaian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Menterinya Datuk Seri Dr S. Subramaniam berkata cadangan akta itu disasar dibentangkan pada sidang Parlimen sebelum akhir tahun ini.
 
"Akta ini akan memberi kuasa kepada kementerian untuk membuat pemeriksaan ke atas sumber asas, pemprosesan dan penghantaran bekalan air kepada pengguna untuk memastikan air yang dibekalkan kepada pengguna benar-benar selamat.
 
"Sekarang ini, kuasa dan fungsi kementerian dalam memastikan bekalan air selamat diminum terhad di peringkat sumber sahaja," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Subramaniam berkata demikian selepas merasmikan program 'Jom Jaga Gigi', Komuniti Sihat peringkat Parlimen Segamat di Dewan Orang Ramai, Kampung Balai Badang, Buloh Kasap di sini hari ini.
 
Berhubung keputusan kerajaan negeri Selangor mengepam air dari kolam-kolam bekas lombong untuk dijadikan sumber bekalan air, Dr Subramaniam berkata penggunaan air itu seboleh-bolehnya dielakkan kerana dikhuatiri mengandungi logam yang terhasil daripada aktiviti perlombongan bijih sebelum ini.
 
"Dalam pemeriksaan pada bulan Februari dan Mac lalu iaitu ketika kerajaan negeri Selangor menggunakan air kolam sebagai sumber air (semasa catuan air dilaksanakan), tidak ada kesan bahan berbahaya.
 
"Tetapi nasihat saya, seboleh-bolehnya jangan gunakan air itu untuk catuan musim kemarau pada masa akan datang," kata beliau.

Subramaniam berharap kerajaan negeri menggunakan kebijaksanaan untuk memulakan catuan bekalan air bersih lebih awal untuk menghadapi musim kemarau ekoran fenomena El-Nino yang dijangka bermula bulan ini hingga akhir tahun.

Sementara itu, Subramaniam berkata peningkatan peratusan perokok wanita di negara ini terutama dalam kalangan remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun berada pada tahap membimbangkan.

Kajian dijalankan kementerian mendapati lima peratus daripada 20 peratus remaja berusia antara 15 hingga 18 tahun yang menghisap rokok membabitkan perokok wanita, katanya.

Beliau berkata peningkatan itu sekali gus akan menjejaskan matlamat kerajaan untuk mengurangkan kadar perokok daripada 23.1 peratus sekarang kepada 16 peratus pada tahun 2025.

Katanya berkata langkah kerajaan menaikkan harga rokok sehingga RM12 sekotak belum lagi berkesan untuk mengurangkan kadar perokok di negara ini.
Subramaniam , bekalan air

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Teknologi analitik data raya asas pelaksanaan inisiatif kerajaan masa depan – Saifuddin Nasution

PROGRAM Subsidi Petrol merupakan inisiatif kerajaan untuk meringankan beban isi rumah berpendapatan rendah melalui pengagihan semula subsidi petrol.

Artikel Lain