Hudud: DAP Pertahan Dyana Sofya - Semasa | mStar

Hudud: DAP Pertahan Dyana Sofya

Dyana Sofya (gambar fail).
KUALA LUMPUR: DAP mempertahankan kenyataan bekas calonnya bagi kerusi Parlimen Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud berhubung pendiriannya dalam pelaksanaan hukum hudud yang akan dilaksanakan oleh PAS.

Sebelum ini Dyana telah dinasihatkan oleh Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat agar meletakkan kepentingan Islam sebelum parti. 

Bercakap kepada pemberita selepas menghadiri permukiman politik di sini pada Sabtu, Lim Guan Eng berkata keputusan parti menentang pelaksanaan hudud PAS adalah 'sangat jelas'. 

"Setakat apa yang saya tahu, Nik Aziz boleh memberikan pandangan beliau. Bagaimanapun, pendirian kami sangat jelas dan pemimpin dan ahli parti harus menerima keputusan parti," katanya. 

Nik Aziz dilaporkan telah menasihati Dyana, agar meletakkan kepentingan Islam dihadapan berbanding parti yang diwakilinya. 

Beliau berkata dia telah bertemu dengan wanita berkenaan untuk mendapatkan penjelasan berhubung kenyataan yang menyatakan dia menentang pelaksanaan hukum hudud. 

"Jadi, saya bertanya kepada dia, mana satu lebih penting, agama atau parti?  Parti baru lagi wujud sejak 40 hingga 50 tahun, sedangkan agama telah wujud sejak ribuan tahun yang lalu. Jadi agama lebih penting," katanya. 

"Dia hanya mendiamkan diri selepas itu," kata Nik Aziz seperti yang dilaporkan dalam sebuah akhbar harian berbahasa Melayu. 

Lim bagaimanapun, menegaskan bahawa menentang pelaksanaan hudud tidak bermakna parti itu menentang Islam. 

"Kami tidak menentang hukum hudud yang disarankan oleh Islam, kami hanya menentang pelaksanaan hudud di Malaysia kerana ia tidak mengikut perlembagaan dan tidak sesuai untuk masyarakat majmuk di Malaysia," katanya.
Dyana Sofya , DAP , PAS , hudud , Nik Aziz , Lim Guan Eng

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain