Piala Dunia: PM Tolak MC Khairy - Semasa | mStar

Piala Dunia: PM Tolak MC Khairy

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menolak tweet Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin mengenai 'sijil cuti sakit' (MC).

Khairy tweet @NajibRazak pada 5.56 pagi pada Jumaat, selepas perlawanan pembukaan Piala Dunia 2014 antara Brazil dan Croatia.

"Bos, saya demam panas. Badan terasa sakit dan tidak dapat bangun sejak semalam. Maaf saya tidak dapat hadir kerja hari ini. Saya akan kemukakan MC esok. #CubaNasib."

Najib membalas tweet itu lewat Jumaat: “@KhairyKJ Senang hati kerana kamu dalam keadaan sihat untuk menghadiri mesyuarat Kabinet #MCDitolak."

Tweet Perdana Menteri itu 'diretweet; 1,680 kali dan mendapat status suka 625 kali.

Khairy dan Pemangku Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein juga retweet jawapan Najib dengan Khairy seterusnya mengirim skrin telefon perbualannya dengan Najib dengan nota: 'Satu pengajaran kepada sesiapa yang mahu menipu bos mereka pada musim Piala Dunia."

Sehingga 3 petang Jumaat, tweet Khairy yang pertama telah diretweet 5,339 kali dan mendapat status suka 1,837 kali.

Awal pagi Jumaat, Khairy menghadiri Fiesta Samba Brazil di Dataran Merdeka dan menyaksikan perlawanan pembukaan bersama ratusan peminat bola sepak.



Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jom kongsi idea! Penduduk bandar diajak beri maklum balas draf Pelan Pembangunan KL

TRAJEKTORI perumahan dan komersial Kuala Lumpur diberikan perhatian dengan mendraf Pelan Pembangunan Kuala Lumpur 2040 (PPKL 2040).

default image

CPA Australia platform berkualiti, pantas capai kelayakan perakaunan diiktiraf global

JIKA anda mempunyai kelayakan yang sewajarnya dalam industri perakaunan, perbankan dan kewangan, ia boleh memberikan prospek kerja dan kepelbagaian projek kepada anda.

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

Artikel Lain