Jangan Langgar Batasan Agama - Sultan Perak - Semasa | mStar

Jangan Langgar Batasan Agama - Sultan Perak

IPOH: Sultan Perak Sultan Nazrin Shah mengingatkan semua pihak supaya saling menghormati antara satu sama lain serta tidak melanggar batasan dan menyeberangi sempadan antara agama.

Baginda bertitah Malaysia terdiri daripada pelbagai agama, kaum dan budaya, oleh itu, membina keharmonian adalah tanggung jawab kolektif semua pihak.

"Umat Islam dan institusi yang bertanggungjawab dalam hal ehwal Islam perlu peka kepada sensitiviti penganut agama lain dan pada masa yang sama, orang bukan Islam pula wajib memahami serta menghormati sensitiviti umat Islam.

"Mereka hendaklah sensitif akan perasaan umat Islam apabila mereka memilih untuk mengupas apatah lagi ketika mengkritik secara terbuka perkara menyentuh hukum Islam...Al-Quran dan sunnah..." titah baginda pada Persidangan Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak ke-187 di sini Khamis.

Ia adalah titah sulung baginda selepas dilantik Sultan Perak ke-35 berikutan kemangkatan ayahanda baginda Almarhum Sultan Azlan Shah pada 28 Mei lepas.

Titah yang dizahirkan itu juga merupakan titah terakhir atas nama Yang Dipertua Majlis Agama Islam dan adat Melayu Perak. Kali pertama baginda mempengerusikan persidangan itu ialah pada 28 Ogos 1997.

Sultan Nazrin bertitah antara yang disentuh baginda dalam titah pertama itu ialah Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Perak perlu bertindak secara strategik supaya tidak timbul kontroversi yang boleh menjejaskan nama baik majlis.

Sultan Nazrin juga menzahirkan penghargaan atas bimbingan dan nasihat anggota majlis termasuk para alim ulama bagi membolehkan baginda menyempurnakan amanah dan tanggung jawab dengan baik.

"Beta memohon untuk terus mendapat nasihat dan bimbingan daripada para alim ulama, memandu Beta untuk memenuhi amanah yang lebih besar sebagai Amirul Mukminin," titah baginda.

Sultan Nazrin bertitah seorang yang dipertua baharu akan dilantik bagi menggantikan baginda dan baginda akan terus memantau serta mengikuti secara dekat kegiatan majlis itu.

Sultan Perak

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp