Warga India Ditikam Kekasih Indonesia - Semasa | mStar

Warga India Ditikam Kekasih Indonesia

Suspek seorang wanita yang dipercayai warga Indonesia ditahan polis di Petaling Jaya.
PETALING JAYA: Seorang lelaki berusia 40 tahun yang dipercayai warganegara India dikatakan ditikam hingga mati oleh teman wanitanya di tingkat tiga sebuah rumah kedai di Jalan PJS 1/46, Petaling Jaya di sini, Rabu.

Polis menerima laporan mengenai kejadian oleh pengusaha restoran berdekatan kira-kira pukul 5 pagi.

Jurucakap polis berkata, lelaki berkenaan dijumpai mati dalam keadaan bogel dengan kesan tikaman di dada.

"Dia baru selesai mandi ketika ditikam.

"Teman wanitanya dipercayai rakyat Indonesia. Dia ditahan di tempat kejadian ketika sedang mengemaskan barang-barang sebelum cuba melarikan diri," katanya.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) untuk bedah siasat.
Warga India Ditikam

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.

default image

Ketuhar Panasonic Big Cubie memang power! Memasak kini lebih mudah, hidangan lebih sihat dan lazat

ANDA mahu memasak hidangan dalam waktu singkat? Panasonic Big Cubie boleh membantu.

default image

WKB 2030 sasar taraf hidup lebih baik untuk rakyat di seluruh negara

WKB2030 adalah pelan 10 tahun yang diperkenalkan kerajaan dalam memastikan Malaysia terus berkembang dengan mampan.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Culas bayar cukai kena penalti 300 peratus, ketahui 10 fakta penting Program Khas Pengakuan Cukai Secara Sukarela

HANGAT diperkatakan mengenai isu melunaskan cukai dan masih ada yang culas untuk melaksanakan tanggungjawab sebagai pembayar cukai. 

Artikel Lain