Perompak Ditahan Ketika Berhenti Makan - Semasa | mStar

Perompak Ditahan Ketika Berhenti Makan

PETALING JAYA: Lima perompak menganggap mereka dapat memiliki sejumlah wang yang dirompak apabila mereka menyamun seorang kontraktor swasta pada pagi Ahad dengan kayu, parang dan pedang samurai dan membawa lari beg mangsa yang mengandungi wang tunai RM10,000.

Walau bagaimanapun, mereka yang terdiri daripada lima orang itu telah diberkas apabila mereka berhenti di sebuah restoran makanan segera 24 jam tanpa menyedari bahawa mangsa telah mengekori mereka dan memberitahu polis mengenai lokasi mereka.

Ketua Polis Daerah Klang Selatan ACP Kamarul Zaman Mamat berkata, mangsa yang berusia 33 tahun itu berada di Jalan Batu Nilam 34B di Taman Bukit Tinggi 2 apabila dia dikelilingi oleh lima lelaki berusia 28 hingga 35 tahun, dengan 21 rekod jenayah di antara mereka yang mengancamnya dengan pedang samurai, kayu dan parang.

"Seorang lelaki merentap beg sandang mangsa dan mengarahkannya supaya beg itu diserahkan kepadanya. Memikirkan tentang nyawanya, mangsa membiarkan sahaja dan suspek melarikan diri dengan Proton Preve putih dan Perodua Kelisa berwarna merah.

"Di dalam beg mangsa mengandungi wang tunai RM10,000, dua kad bank dan cek, iPhone berwarna putih dan telefon pintar Samsung, serangkai kunci dan lesen.

"Walau bagaimanapun, ketika mereka memandu melarikan diri, mangsa mengambil keputusan untuk mengekori suspek sehingga mereka berhenti di sebuah restoran makanan segera di Taman Melati. Dia menghubungi polis yang kemudiannya menahan lelaki-lelaki terbabit," katanya.

Senjata, 14 telefon bimbit, tiga kunci kereta, wang tunai sebanyak RM709 dan dua kenderaan telah dirampas.

Kes itu disiasat di bawah Seksyen 395 dan 397 Kanun Keseksaan.
perompak , Kamarul Zaman Mamat

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

UMP terajui usaha perkasa TVET di negara ini

SELEPAS 17 tahun ditubuhkan, Universiti Malaysia Pahang (UMP) kini merupakan salah satu universiti utama di negara ini yang menawarkan Program Pendidikan Teknikal dan Latihan Vokasional (TVET) di peringkat tinggi.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain