suria

Piala FA: Bakar Mercun, 6 Ditahan

Suar yang dinyalakan penyokong pasukan yang berentap pada saingan akhir Piala FA pada malam Sabtu.

SHAH ALAM: Polis menahan enam individu kerana disyaki membakar mercun ketika perlawanan akhir Piala FA 2014 antara skuad bola sepak Pahang dan Felda United FC di sini malam Sabtu.

Timbalan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Ruslan Abdullah berkata insiden itu sepatutnya tidak berlaku kerana bahan tersebut dilarang daripada dibawa masuk ke stadium memandangkan ia boleh membahayakan penonton.

"Setelah keterangan daripada individu berkenaan yang berumur dalam lingkungan 20-an diambil, kes ini dirujuk ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan seterusnya," katanya pada Ahad.

Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 3 (5) Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 yang memperuntukkan hukuman penjara tidak lebih sebulan atau didenda sehingga RM100 atau kedua-duanya sekali jika sabit kesalahan.

Pahang muncul juara selepas mencatat kemenangan 2-1 ke atas Felda United.


Polis, Mercun, Piala FA

Artikel Lain