suria

PRK Teluk Intan: DAP Dahului Kiraan Undi

Kelihatan petugas Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menyusun peti undi yang tiba di Pusat Penjumlahan Undi di SMK Abdul Rahman Talib pada Sabtu.

TELUK INTAN: Kiraan awal mendapati calon DAP, Dyana Sofya Mohd Daud mendahului pencabarnya daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dengan majoriti 1,881 undi.

Sehingga pukul 8.00 malam, Dyana Sofya memperoleh 10,290 undi manakala Mah mendapat 8,409 undi.

Ia berdasarkan kiraan 60 daripada 122 peti undi termasuk undi pos.

PRK Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandang kerusi Parlimen itu, Seah Leong Peng, 48, daripada parti DAP akibat kanser pada 1 Mei lepas.

Artikel Lain