suria

Sultan Johor Mahu Tubuh Pasukan Khas Ditubuhkan Rayu Keputusan Pulau Batu Puteh

JOHOR BARU: Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar telah menitahkan sebuah pasukan khas diwujudkan untuk merayu keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) mengenai Pulau Batu Puteh. 

Sultan Ibrahim berkata keputusan mahkamah yang memihak kepada Singapura adalah hasil daripada orang luar (bukan orang Johor) yang mengendalikan perkara itu. 

"Orang luar tidak memahami sejarah Johor dan saya masih ingat lagi Almarhum ayahanda saya pernah memberitahu saya bahawa Pulau Batu Puteh, milik Johor dan mesti dikekalkan sebagai sebahagian daripada negeri ini," katanya dalam ucapan perasmian Dewan Undangan Negeri pada Khamis. 

Pada 2008, ICJ memutuskan bahawa Singapura mempunyai hak tuntutan Pulau Batu Puteh dan sejak itu banyak pihak telah mendesak kerajaan untuk merayu terhadap keputusan itu namun sehingga kini tiada rayuan rasmi dibuat berhubung perkara itu.

Artikel Lain