suria

Bas Terbakar Di Lebuhraya-Utara Selatan

Api berjaya dipadamkan selepas setengah jam.
IPOH: Sebuah bas yang membawa 20 orang penumpang terbakar di KM263 di Lebuhraya Utara-Selatan Isnin.

Pegawai kanan Balai Bomba Meru Raya Mohd Nasir Mohd Arshad berkata bas tersebut sedang dalam perjalanan menuju ke Pulau Pinang dari Cameron Highlands dalam kejadian yang berlaku pada pukul 6.40 petang.

"Tujuh anggota bomba bergegas ke tempat kejadian apabila menerima panggilan pada pukul 6.43 petang dan berjaya memadamkan api selepas satu jam.

"Punca kebakaran masih dalam siasatan," katanya. 


Tiada kecederaan dilaporkan.

Artikel Lain