Saya Boleh Terima Hakikat Jika Tidak Diperlukan Lagi - Sabbaruddin Chik - Semasa | mStar

Saya Boleh Terima Hakikat Jika Tidak Diperlukan Lagi - Sabbaruddin Chik

Sabbaruddin Chik
KUALA LUMPUR: "Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya tidak diperlukan lagi," kata Tan Sri Sabbaruddin Chik merujuk keputusan untuk tidak menyambung khidmatnya sebagai Pengerusi Bank Rakyat.

Beliau juga mendakwa keputusan untuk tidak memperbaharui kontraknya bagi penggal ketiga dibuat secara tidak beretika dan mengikut emosi kerana tiada sebarang perbincangan atau notis awal.

Lebih dikesalinya apabila dakwanya ada campur tangan menteri dalam isu kontrak perkhidmatannya yang tamat pada 8 April lalu di mana bank berkenaan adalah dibawah bidang kuasa kementerian itu.

Malah Sabbaruddin berkata, hingga kini beliau tidak dimaklumkan secara rasmi bahawa khidmatnya sebagai pengerusi di bank itu tidak akan disambung semula.

"Cara ini tak betul. Kenapa lakukan begini kepada saya? Saya boleh terima hakikat jika khidmat saya sudah tidak diperlukan lagi...tapi buatlah dengan cara yang betul.

"Tindakan ini sangat memalukan. Apa salahnya maklumkan lebih awal kepada saya jika mereka sudah tidak mahu saya lagi," katanya kepada mStar Online di sini pada Isnin.

Tambah Sabbaruddin, beliau percaya tindakan untuk tidak menyambung khidmatnya mempunyai hubung kait dengan keputusan Lembaga Pengarah Bank Rakyat terhadap permohonan seorang usahawan untuk membayar pinjaman bernilai RM40 juta tanpa faedah.

Bagaimanapun beliau mendakwa, menteri terbabit berkeras supaya lembaga pengarah mengikut telunjuknya supaya menerima permohonan penyelesaian mudah usahawan kontroversi itu agar baki pinjaman berjumlah kira-kira RM32 juta dibuat selama 10 tahun melalui 120 keping cek 'post dated'.

"Saya yakin beliau marah sebab lembaga pengarah tolak permohonan itu, tapi beliau harus ingat keputusan itu bukan dibuat oleh saya seorang...tapi pihak lembaga," katanya.

Ekoran itu Sabbaruddin yakin beliau menjadi mangsa terhadap keputusan bertentangan antara lembaga pengarah bank berkenaan dan menteri itu.

"Khidmat saya sepatutnya disambung lagi kerana surat penyambungan kontrak sudah pun ada di Bank Negara untuk persetujuan sebelum disahkan menteri.

"Kalau dari awal mereka tidak mahu sambung, mengapa nama saya dihantar ke Bank Negara," soal beliau.

Ditanya sama ada Bank Rakyat kini sudah mempunyai pengerusi baharu selepas kontraknya tamat, Sabbaruddin berkata: "Saya tidak pasti...mungkin ada, tapi setakat yang saya tahu belum ada.

"Malah barang-barang saya juga masih ada di pejabat, belum ambil lagi," katanya.


Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain