Ramkarpal Dicabar Tampil Umpama 'Harimau' - Semasa | mStar

Ramkarpal Dicabar Tampil Umpama 'Harimau'

GEORGE TOWN: Ramkarpal Singh Deo dicabar supaya tampil lebih berani umpama 'harimau', bukannya dibayangi kepimpinan tertinggi parti pembangkang sepanjang tempoh berkempen.

Cabaran itu dibuat calon Parti Cinta Malaysia (PCM), Datuk Huan Cheng Guan terhadap lawannya dari DAP kerana menganggap kempen anak ketiga Karpal Singh itu sering kali dibayangi Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng dan Exco negeri Pulau Pinang, Jagdeep Singh.

"Saya selalu nampak Ramkarpal masuk ke bangunan Dewan Undangan Negeri (DUN) dan mengadakan sidang media bersama Guan Eng dan abangnya, Jagdeep.

"Jadi saya ingin nasihatkan Ramkarpal supaya jangan jadi kucing tetapi jadilah harimau," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PCM di Air Itam, di sini, Khamis.

Cheng Guan yang juga Naib Presiden PCM turut mengecam sikap Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Seri Delima, R.N.S Rayer yang menggunakan kekebalan sidang DUN Pulau Pinang untuk mengeluarkan kenyataan kesat terhadap segelintir individu ketika membahaskan ucapan Yang di-Pertua Negeri dalam persidangan DUN pada Selasa.

Cheng Guan berkata, perbuatan itu disifatkan sebagai pengecut, kotor dan tidak bertanggungjawab.

"Kalau dia betul-betul berani, jangan gunakan DUN sebagai imuniti, lakukan secara bersemuka.

"Sidang DUN adalah simbol demokrasi dan sistem berperlembagaan negara kita tetapi ia kini disalahgunakan ahli politik yang tidak bertanggungjawab," katanya.

Justeru, Cheng Guan mencadangkan agar kerajaan Pusat mengharamkan lima perkataan kesat dalam persidangan Dewan Rakyat mahupun DUN seperti celaka, bastard, anak haram, paria dan kurang ajar.

"Wakil rakyat yang menggunakan perkataan ini sepatutnya dilucutkan jawatan kerana mereka tidak boleh anggap ada imuniti dan hak sebagai ahli Dewan  untuk bercakap sesuka hati," katanya.
Ramkarpal Singh Deo , harimau , PCM , Lim Guan Eng

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

Artikel Lain