Ambil Tindakan Jika Parti Kempen Awal, Ceramah - SPR - Semasa | mStar

Ambil Tindakan Jika Parti Kempen Awal, Ceramah - SPR

Abdul Ghani menunjukan antara poster yang diletakkan di Pusat Penamaan Calon SMK Seri Perak di sini, Ahad untuk hari penamaan calon bagi Pilihan Raya Kecil Teluk Intan P.76 pada Isnin.

TELUK INTAN: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan berbincang dengan penasihat undang-undangnya jika terdapat parti politik mengadakan kempen lebih awal sebelum hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Teluk Intan.

Setiausahanya, Datuk Abdul Ghani Salleh berkata, pihaknya perlu berbincang dengan penasihat undang-undang sekiranya berlaku perkara yang tidak sepatutnya berkaitan pilihan raya.

“Jika ada yang melanggar peraturan kita akan teliti perkara itu (sebelum ambil tindakan).

“Kempen hanya boleh mula dimulakan selepas RO (pegawai pengurus pilihan raya) membuat pengumuman (pada hari penamaan calon),” katanya pada sidang media selepas melawat pusat penamaan calon di Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Perak di sini, Ahad.

Turut hadir Pengarah SPR Perak, Ahmad Adli Abdullah.

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai calon DAP untuk PRK Teluk Intan, Dyana Sofya Mohd Daud yang mengadakan kempen lebih awal pada Ahad.

Abdul Ghani berkata, sesi ceramah juga sebahagian kempen dan ia dilarang sebelum hari penamaan calon.

Satu majlis pelancaran jentera Pakatan Rakyat PRK Teluk Intan dijadualkan diadakan di Kampung Bahagia di sini, Ahad.

Antara barisan penceramah yang dijangka hadir ialah Dyana sendiri, selain Timbalan Presiden Parti Keadilan Rakyat (PRK), Mohamed Azmin Ali; Penasihat DAP, Lim Kit Siang dan Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu atau Mat Sabu.

 
PRK Teluk Intan , ceramah , kempen awal , SPR

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.