PRK Teluk Intan: MIC Yakin Peroleh 70 Peratus Undi India - Semasa | mStar

PRK Teluk Intan: MIC Yakin Peroleh 70 Peratus Undi India

G.Palanivel
TELUK INTAN: MIC yakin memperoleh 70 peratus undi masyarakat India pada pilihan raya kecil Parlimen Teluk Intan 31 Mei ini, sekali gus memberi kemenangan besar kepada Barisan Nasional (BN).

Presidennya Datuk Seri G. Palanivel berkata MIC akan berdepan dengan pengundi India di kawasan taman perumahan dan ladang khususnya untuk menarik sokongan kaum itu kepada BN.

"Di sini (Teluk Intan) kita mempunyai 20 peratus pengundi India, Melayu 37 peratus... kita yakin pengundi India akan meningkat untuk beri sokongan kepada BN," katanya.

Beliau berkata demikian selepas menghadiri majlis penyampaian bantuan kepada pelajar India dan Anugerah Kecemerlangan 2013 peperiksaan Ujian Pencapaian Sekolah Rendah, Penilaian Menengah Rendah dan Sijil Pelajaran Malaysia di sini Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir, Presiden Gerakan Datuk Mah Siew Keong dan Speaker Dewan Undangan Negeri Perak Datuk S.K Devamany.

Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata MIC kini mempunyai 4,700 pengundi India di Teluk Intan dan lebih 7,000 pengundi India yang bukan anggota parti itu.

"Dengan gabungan kedua-dua jumlah itu, kita harap jumlah pengundi akan meningkat untuk memberi kemenangan dengan majoriti yang lebih besar kepada B Npada PRK Teluk Intan kerana ini amat penting untuk masa depan BN," katanya.

PRK Parlimen Teluk Intan diadakan berikutan kematian penyandangnya Seah Leong Peng, 58, daripada DAP pada 1 Mei lepas.

Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 19 Mei sebagai hari penamaan calon manakala pengundian awal 27 Mei dan hari pengundian pada 31 Mei.

Pada pilihan raya umum ke-13, Seah, 48, menewaskan calon BN Datuk Mah Siew Keong dan calon bebas Moralingam Kannan dengan majoriti 7,313 undi.
Datuk Seri G. Palanivel , MIC , Teluk Intan

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Bandar unik, gaya hidup masa kini... Inilah keistimewaan Putrajaya

PUTRAJAYA bakal menjadi bandar seimbang yang bukan sahaja menumpukan aspek pentadbiran kerajaan, bahkan sektor swasta.

default image

Tiga tahun penuh derita, pernah diburu ah long... Dr Azizan kongsi cerita pahit sebelum tubuhkan RichWorks – “Kalau berjaya sahaja tapi tak bantu orang untuk berjaya, saya tak puas”

PAKAR Pemasaran No. 1 Asia dan Mentor Keusahawanan, Dr Azizan Osman berkongsi kisah suka dukanya sebelum berada di tahapnya sekarang, sewaktu program NUH2020.

Artikel Lain

Signal dijangka pesaing utama WhatsApp