Jurutera Mati Tergantung Disangka Permainan - Semasa | mStar

Jurutera Mati Tergantung Disangka Permainan

JOHOR BAHRU: Menyangkakan ia adalah permainan bersaiz sebenar yang digantung di tingkap, sekumpulan kanak-kanak berasa teruja dan memberitahu ibu bapa mereka yang kemudiannya mendapati 'permainan' tersebut sebenarnya adalah jiran mereka yang mati.

Setelah dimaklumkan, pihak polis bergegas ke Taman Nusantara, Gelang Patah di sini kira-kira pukul 5.25 petang, Khamis bagi mendapatkan Low Weh Yong, 34, seorang jurutera, yang mati dengan tuala diikat di lehernya.

Pemilik rumah yang enggan namanya disiarkan berkata dia terkejut apabila polis muncul di hadapan rumahnya dan mengarahkannya supaya membuka pintu bilik penyewa rumahnya itu.

"Kami terkejut apabila mengetahui Low telah meninggal dunia," katanya.

Saudara Low yang berusia 21 tahun yang juga enggan dikenali, berkata Low mungkin kecewa atas peristiwa baru-baru ini.

" Dia memberitahu saya dia sedih apabila mengetahui bekas teman wanitanya yang pernah menjalinkan hubungan dengannya selama tujuh tahun mahu berkahwin.

"Baru-baru ini dia juga berhenti kerja di sebuah kilang di Singapura dan sedang berusaha meneruskan hidup dengan bekerja di Johor," katanya.

Katanya, Low secara umumnya adalah seorang yang pendiam dan sangat penyayang.

Mayatnya telah dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat.

Ketua Polis Daerah Nusajaya Suprintendan Noor Hashim Mohamed berkata hasil ujian mengesahkan mangsa meninggal dunia akibat tergantung dan tiada unsur jenayah disyaki.

Di Petaling Jaya, seorang pesakit mental berusia 28 tahun yang biasanya menghabiskan masa berjalan tanpa tujuan dari rumahnya di Seri Kembangan ke Puchong sambil membawa tali ditemui tergantung di bawah jambatan di Batu 13, Kampung Kenangan, Puchong.

Bapanya yang tidak mahu dikenali berasa sedih apabila diberitahu oleh orang ramai yang menemui anaknya Zainal Jamaludin di bawah jambatan dengan wayar telefon dililit di leher sekitar jam 7 malam pada hari Khamis.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Yahaya Ramli berkata Zainal telah dibawa ke Hospital Serdang di mana bapanya mengesahkan mayat itu adalah mayat anaknya.

"Zainal telah mengalami penyakit mental selama kira-kira 15 tahun dan tidak mendapatkan apa-apa rawatan sejak 2012," katanya.

ACP Yahaya berkata, menurut bapanya, anaknya akan meninggalkan rumah dan bersiar-siar di sekitar kawasan berdekatan dengan tali tetapi sentiasa pulang.

Polis tidak mengesyaki perbuatan jenayah.
jurutera , tergantung

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Klik

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030... ketahui suara dan harapan rakyat

RAKYAT menantikan Wawasan Kemakmuran Bersama (WKB) 2030 yang dapat memberi manfaat kepada segenap lapisan masyarakat.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

Artikel Lain

Ronaldo, Georgina berkahwin secara senyap?