suria

Selangor Bakal Ambil Alih PNSB, Syabas, WSIA Tidak Perlu Dilaksanakan - Khalid

PETALING JAYA: Puncak Niaga Holdings Berhad (PNHB) telah bersetuju untuk menerima tawaran kerajaan negeri Selangor untuk mengambil alih Puncak Niaga Sdn Bhd (PNSB) dan Syarikat Bekalan Air Selangor (Syabas), sebagai sebahagian daripada penyusunan semula konsesi air. 

"Dua lagi syarikat konsesi air (PNSB dan Syabas) telah bersetuju dengan tawaran kerajaan Selangor untuk mengambil alih ekuiti, aset dan liabiliti syarikat tersebut," menurut kenyataan bersama yang dikeluarkan oleh Menteri Tenaga, Teknologi Hijau dan Air, Datuk Seri Dr Maximus Ongkili dan Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim. 

"Kerajaan Persekutuan telah memutuskan untuk menangguhkan pelaksanaan Seksyen 114, Akta Perkhidmatan Industri Air Selangor (WSIA), kerana tiada keperluan untuk berbuat demikian," menurut kenyataan tersebut, kerana kerajaan Selangor telah menyokong tindakan berkenaan. 

Menurut perjanjian itu, PNSB dan Syabas akan diambil alih  pada harga RM2.47 bilion dan RM3.11 bilion. 

PNSB, Syabas, konsesi air, Selangor

Artikel Lain