suria

Ahli Cabang Kuala Selangor Marah Lalu Menjerit Depan MB S'gor

Insiden seorang lelaki menjerit ke arah MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim berlaku sejurus selepas sidang akhbar ini yang berlangsung di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, Selangor pada Jumaat.

PETALING JAYA: Satu insiden yang memalukan berlaku di hadapan Ibu Pejabat Parti Keadilan Rakyat (PKR) di sini apabila seorang lelaki tiba-tiba menjerit ke arah Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim.

“Penipu...rasuah!” jerit Zulkifli Abdullah yang mendakwa dia adalah ahli dari Cabang Kuala Selangor.

Ketika kejadian itu berlaku, Khalid berada bersama-sama Ketua Umum Keadilan, Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden, Azmin Ali dan Setiausaha Agung, Datuk Saifuddin Nasution sedang bergegas keluar dari bangunan tersebut selepas mengadakan sidang akhbar mengenai pemilihan parti itu.

Anwar cuba untuk menenangkan suasana dengan menyuruh Zulkifli bersabar tetapi dia tidak mengendahkan nasihat itu sebaliknya terus menjerit ke arah Khalid.

Khalid tidak memperdulikan apa yang dikatakan oleh Zulkifli dan meninggalkan kawasan berkenaan.

Zulfili kemudiannya memberitahu pemberita yang terdapat unsur-unsur rasuah di dalam pemilihan di Kuala Selangor baru-baru ini dan dia tidak berpuas hati dan membuat laporan polis.

Artikel Lain