suria

Insiden MH370 Beri Banyak Pengajaran - Najib

Najib Tun Razak.

PETALING JAYA: Dunia, dan terutamanya industri penerbangan mendapat pengajaran daripada insiden kehilangan pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) MH370, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Menurut penulisannya dalam Wall Street Journal, Najib berkata bahawa beliau percaya walaupun negara berhadapan dengan pelbagai kritikan mengenai pencarian pesawat yang hilang, namun Malaysia telah menunjukkan negara itu telah melakukan yang terbaik dalam keadaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini dan hampir mustahil.

"Ini bukan satu pencapaian yang kecil untuk sebuah negara saiz negara kita bagi menangani sensitiviti diplomatik dan tentera, serta membawa 26 negara yang berbeza bersama-sama untuk menjalankan salah satu operasi mencari masa aman yang terbesar di dunia.

"Tetapi kita tidak melakukan kesemuanya dengan tepat. Dalam beberapa hari pertama selepas pesawat hilang, kita begitu memberi tumpuan kepada cuba untuk mencari pesawat tanpa mengutamakan komunikasi kita," katanya.

Perdana Menteri berkata, walaupun pusat kawalan trafik udara mengambil masa empat jam untuk melancarkan operasi mencari dan menyelamat, ia merupakan lebih cepat masa ketiga yang lebih cepat berbanding tragedi Air France 447 pada 2009.

Najib bagaimanapun menegaskan bahawa masa tindak balas perlu dan akan disiasat, dan Malaysia akan meneruskan pencarian untuk pesawat menggunakan Boeing 777 itu.

"Kita juga akan terus melaksanakan penyiasatan bebas supaya kita boleh belajar daripada sebarang kesilapan.

"Kita telah memperketatkan keselamatan lapangan terbang, dan penyiasat mencari langkah-langkah lain untuk meningkatkan keselamatan," katanya.

Najib berkata, terdapat banyak pengajaran yang boleh dipelajari dari kejadian itu oleh pihak lain, termasuk industri penerbangan global. 

"Salah satu perkara yang paling menakjubkan mengenai tragedi ini adalah pesawat bersaiz Boeing 777 boleh hilang, hampir tanpa dapat dikesan. 

"Dalam era telefon pintar dan Internet mudah alih, pengesanan masa nyata pesawat komersial sudah lama ketinggalan," katanya.

Artikel Lain