suria

Sulaiman KP JPN Baharu

Sulaiman Keling.
PETALING JAYA: Datuk Sulaiman Keling dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Pendaftaran yang baharu berkuatkuasa pada Rabu. 

JPN dalam satu kenyataan memaklumkan pelantikan Sulaiman, 58 adalah bagi menggantikan Datuk Jariah Mohd Said yang bersara wajib pada 2 Mei lalu. 

"Sulaiman yang berasal dari Melaka mempunyai kelulusan Diploma Pengurusan Awam dari Intan dan Sarjana Sastera (Sains Politik) dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM),” kata kenyataan itu pada Rabu. 

Beliau pernah dilantik sebagai Ketua Pengarah JPA dari Oktober 2011 hingga Mei 2014.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain