Roslee Kesal Keluar Umno, Mengaku Buat Keputusan Terburu-buru - Semasa | mStar

Roslee Kesal Keluar Umno, Mengaku Buat Keputusan Terburu-buru

PUTRAJAYA: Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Besi, Roslee Daud kesal dengan tindakannya keluar Umno hingga mencetuskan krisis politik di Terengganu dan hampir menyebabkan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa memerintah negeri itu.

Mengakui terburu-buru dalam membuat keputusan, Roslee bagaimanapun berkata, tindakannya itu tidak dipengaruhi mana-mana pihak, termasuk bekas Menteri Besar, Datuk Seri Ahmad Said lebih dahulu mengumumkan keluar Umno.

"Saya kesal dengan apa yang berlaku kerana ia berlaku dalam keadaan yang sangat terburu-buru.

"Saya minta maaf banyak-banyak kepada masyarakat, terutama pengundi serta ahli parti secara keseluruhannya.

"Perkara ini sudah selesai dan saya kembali untuk bersama Umno demi rakyat," katanya pemberita di sini, Rabu.

Terdahulu, beliau bersama 14 Adun Terengganu yang diketuai Menteri Besar yang baharu, Datuk Ahmad Razif Abdul Rahman mengadakan pertemuan dengan Datuk Seri Najib Tun Razak dan Tan Sri Muhyiddin Yassin bagi membincangkan mengenai situasi terkini kemelut politik negeri itu.

Diminta mengulas lanjut keputusannya keluar Umno, Roslee berkata ia didorong oleh perasaan terkejut dengan perkembangan terkini membabitkan perubahan kepimpinan tertinggi kerajaan negeri.

"Bukan marah atau merajuk, tetapi sebab terkejut dengan keputusan yang berlaku dengan tiba-tiba.

"Kita tidak sedar dengan perkembangan semasa sehinggalah berlakunya perubahan kepimpinan yang berlaku dalam suasana yang begitu cepat," katanya.

Terengganu menjadi tumpuan sejak Isnin lalu selepas Ahmad yang juga Adun Kijal, meletak jawatan sebagai Menteri Besar disusuli majlis angkat sumpah  Ahmad Razif yang juga Adun Seberang Takir sebagai penggantinya.

Susulan perkembangan itu, Ahmad, Adun Ajil, Ghazali Taib dan Roslee mengisytiharkan keluar Umno dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Bagaimanapun, Roslee menarik balik surat keluar Umno dan menjadi wakil rakyat BN, manakala Ahmad dan Ghazali juga akan membuat keputusan sama.

Jika ketiga-tiga wakil rakyat ini kembali bersama Umno, kedudukan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Terengganu balik kepada asal iaitu BN dengan 18 kerusi termasuk kerusi Speaker manakala PAS (14), PKR (1).

Artikel Sebelum

Cari Warga Asing, Jumpa Dadah 11 KG

Artikel Berikut

Raja Dadah Iran 'King Pin' Dicekup

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Penggunaan air di Malaysia lebih tinggi daripada negara jiran? Jom kita jimat air!

ADAKAH penggunaan air kita setiap hari ke arah penjimatan atau pembaziran?

Artikel Lain

Awas! Obesiti boleh sebabkan kanser