EPP Baharu Pendidikan Diperkenal Jadikan Malaysia Hab Perakaunan Terulung - Semasa | mStar

EPP Baharu Pendidikan Diperkenal Jadikan Malaysia Hab Perakaunan Terulung

KUALA LUMPUR: Kerajaan memperkenalkan satu lagi Projek Permulaan (EPP) di bawah Bidang Ekonomi Utama Negara (NKEA) Pendidikan iaitu EPP 17 pada tahun lepas, yang bertujuan mentransformasi Malaysia sebagai Hab Perakaunan Terulung. 

Menurut laporan Program Transformasi Ekonomi (ETP) langkah pertama di bawah EPP 17 itu ialah menubuhkan Pusat Kecemerlangan untuk Latihan Perakaunan Sunway TES yang dilancar pada 14 Nov 2013.

Laporan yang dikeluarkan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) Jabatan Perdana Menteri itu menyebut, dengan pelaburan berjumlah RM28 juta, pusat kecemerlangan itu dijangka memberi impak kepada Pendapatan Negara Kasar (PNK) sebanyak RM14 juta menjelang tahun 2020.

 
"Pada masa sama, ia dijangka dapat mewujudkan 234 peluang pekerjaan menjelang tahun 2020 yang berbaki enam tahun lagi," demikian menurut laporan itu yang dilancar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di sini, hari ini. 

Tahun lalu Sunway TES mendaftar 90 pelajar dan meletakkan sasaran untuk melahirkan 5,500 akauntan profesional serta bertauliah menjelang 2020 dan pada tahun ini pusat itu berhasrat meningkatkan pengambilan pelajar kepada 261 orang dengan kerjasama Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) serta Institusi Pengajian Tinggi Awam Swasta (IPTS).
 
Sementara itu, di bawah EPP 12 yang bertujuan menjadikan Malaysia sebuah hab pendidikan serantau, kerajaan menerusi kerjasama pelbagai jabatan dan agensi memperkenalkan "lorong pintas" bagi menambah baik proses permohonan visa.

Langkah itu dapat mempercepat sesuatu permohonan dengan menggunakan satu mekanisme berlandaskan profil risiko pemohon, menambah bilangan klinik yang diktiraf untuk pemeriksaan kesihatan serta menambah pilihan insurans kesihatan kepada pemohon visa. 

Tahun lepas, Perkhidmatan Global Pendidikan Malaysia (EMGS) menerima 32,679 permohonan visa antarabangsa dari 256 IPTS melibatkan pelajar dari 144 negara. 

Sementara itu, di bawah EPP tiga iaitu mengenai Perluasan Sekolah Antarabangsa, kerajaan mulai tahun ini telah memperketat kelulusan lesen bagi sekolah antarabangsa dengan mengutamakan kualiti pendidikan dan mengelak lebihan kapasiti di sekolah sedia ada. 
 
"Langkah ini termasuk meluluskan permohonan hanya untuk pelabur yang berhasrat menubuhkan kampus sepenuhnya dan menghentikan permit bagi kampus sementara," menurut laporan itu.

Pada masa ini 97 sekolah antarabangsa beroperasi di Malaysia dengan 38,971 pelajar dan daripada jumlah itu 19,869 merupakan pelajar tempatan, manakala 19,102 lagi pelajar antarabangsa.

Berdasarkan laporan itu, jumlah sekolah yang sedang beroperasi sekarang melepasi sasaran 87 sekolah antarabangsa menjelang tahun 2020 dengan 25 sekolah sedang menunggu kelulusan, manakala Kementerian Pendidikan juga menerima empat lagi permohonan baharu.

Dianggarkan setiap pelajar sekolah antarabangsa menjana antara 20 hingga 30 kali ganda jumlah pendapatan pertukaran asing berbanding dengan setiap pelancong. 

EPP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Kata kuncinya semangat berpasukan, penganjuran julung kali perlumbaan perahu naga korporat PjH catat kejayaan berganda!

PERLUMBAAN perahu naga korporat anjuran Putrajaya Holdings membuka laluan kepada perlumbaan lebih besar pada masa akan datang.

default image

Agenda bumiputera masih keutamaan WKB 2030

STATISTIK oleh Institut Masa Depan Malaysia (Masa), bumiputera berada di bahagian bawah apabila ia berkaitan dengan pemilikan kekayaan dan tahap pendapatan.

Artikel Lain