Warga Emas Mati Tertiarap Bersama Pukat - Semasa | mStar

Warga Emas Mati Tertiarap Bersama Pukat

KUANTAN: Mayat seorang lelaki warga emas ditemui terdampar bersama pukat di tepi Pantai Leban Chondong, Kuala Rompin dekat Rompin petang Selasa.

Ketua Polis Daerah Rompin DSP Johari Jahaya berkata, mayat warga emas itu, Dermawi Zulkurnain, 71, ditemui oleh seorang lelaki berusia 26 tahun yang lalu di situ kira-kira pukul 6 petang.

"Mangsa yang tinggal di Kampung Bangkong Kuala Rompin itu ditemui dalam keadaan tertiarap kira-kira 10 meter dari pantai bersama jaring pukat ikan dengan dua pelampung.

Pemeriksaan awal juga mendapati terdapat kesan calar pada pipi kiri mangsa," katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata, menurut isteri mangsa Ramlah Saleh, 60an, mangsa keluar dari rumah dengan menaiki motosikal kira-kira pukul 7 pagi semalam menuju ke pantai itu untuk memukat ikan.

Katanya lagi, mangsa yang selalu memukat ikan seorang diri itu turut mengidap sakit jantung dan lelah.

Johari berkata, mayat mangsa dihantar ke Hospital Kuala Rompin untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Rompin , Pahang

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Mayat Kanak-kanak Ditemui Terapung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Artikel Lain