Polis Kesan Masih Ada Suspek Disyaki Terlibat Militan - KPN - Semasa | mStar

Polis Kesan Masih Ada Suspek Disyaki Terlibat Militan - KPN

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak (kiri) menyampaikan Anugerah Khas 2014 kepada Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar (dua, kanan) sempena Hari Pekerja Penjawat Awam 2014 yang bertemakan 'Penjawat Awam Tiang Seri Negara' di Dewan Wawasan, Jitra, Kedah pada Khamis. - fotoBERNAMA
JITRA: Polis mengesan masih ada beberapa individu yang dipercayai terbabit dengan kegiatan militan, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.

Beliau berkata, pihaknya ada mengesan suspek-suspek di beberapa negeri dan akan melakukan operasi untuk menahan mereka.

"Ada lagi (suspek)... sudah tangkap nanti kita akan umumkan," katanya ketika ditemui selepas sambutan Hari Pekerja di Dewan Wawasan di sini, Khamis.

Pada 28 April lepas, sembilan ditahan Polis Bahagian Anti Keganasan, Cawangan Khas, Bukit Aman. 

Mereka berumur antara 22 hingga 55 termasuk seorang wanita, tiga ditahan di Kedah dan enam di Selangor.

Seorang lagi individu yang juga dipercayai terlibat dengan kegiatan militan ditahan di Kuala Lumpur pada 29 April, menjadikan jumlah keseluruhan yang ditangkap ialah 10 orang. 

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Rumah Agam Berusia 150 Tahun Diroboh

Artikel Berkaitan

Artikel Lain

Real Madrid menabung awal demi Mbappe