Hudud: MCA Tetap Halang PAS - Semasa | mStar

Hudud: MCA Tetap Halang PAS

KANGAR: MCA akan tetap mengambil tindakan menghalang PAS membentangkan rang undang-undang persendirian (hukum hudud) di Parlimen Jun ini termasuk melalui perundangan jika perlu, kata Presidennya Datuk Seri Liow Tiong Lai.

Liow berkata parti itu tegas dengan pendirian bahawa undang-undang hudud tidak sesuai dilaksanakan di negara ini kerana bertentangan dengan Perlembagaan Persekutuan.

Katanya, MCA menghormati Islam sebagai agama rasmi tetapi adalah penting bagi PAS untuk memahami perasaan dan pandangan orang bukan Islam di negara ini yang majoritinya menolak hudud.

"Sistem dan undang-undang jenayah negara ini sudah cukup berkesan dalam menghukum penjenayah. Pelaksanaan dua undang-undang berbeza hanya mengelirukan rakyat berbilang kaum.

"Dalam hal ini, MCA setuju dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa pelaksanaan dua sistem undang-undang menjadikan negara ini berpecah belah," katanya kepada pemberita selepas mengadakan perjumpaan dan dialog dengan gabungan pertubuhan-pertubuhan Cina Perlis di sini, Khamis.

Terdahulu, Liow diberi taklimat mengenai isu-isu semasa di Perlis oleh Pengerusi Perhubungan MCA Perlis, Datuk Chua Tee Yong, di Wisma MCA Kangar.

Liow berkata sebelum pilihan raya umum ke-13 yang lalu, PAS mencanangkan slogan Negara Berkebajikan, namun kini ia berubah.

Rakan PAS dalam Pakatan Rakyat, DAP dan PKR wajar mengambil tanggungjawab menghalang parti itu daripada membawa usul dan membentangkan undang-undang hudud di Parlimen tetapi kedua-dua parti itu lepas tangan dan menolak isu untuk diambil tanggungjawab pihak lain, katanya.

Mengenai MCA, beliau berkata parti itu dalam proses melakukan transformasi dengan membentangkan satu dasar pembangunan menyeluruh untuk mengembalikan sokongan kaum Cina terhadap parti dan Barisan Nasional, amnya.

"Kita sedang buat satu perancangan rangka kerja pembangunan masyarakat Cina yang boleh menyelesaikan banyak isu masyarakat Cina," katanya.

Ini termasuk memohon Menteri Besar Perlis Azlan Man supaya memberi lebih perhatian dan menyelesaikan masalah-masalah yang dihadapi masyarakat Cina di Perlis, katanya.

Mengenai dasar kuota perumahan kerajaan Perlis, Liow berkata MCA akan mencadangkan kepada Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (Rehda) supaya dilaksanakan satu mekanisma yang lebih adil kepada pemaju.

Sidang Dewan Undangan Perlis semalam diberitahu pelaksanaan kuota 70-30 (70 peratus Bumiputera dan 30 peratus untuk bukan Bumiputera) sejak tahun lepas supaya adil dengan komposisi kaum iaitu hampir 80 peratus penduduknya adalah Bumiputera.
Hudud , PAS , MCA

Artikel Sebelum

Perhimpunan GST Berakhir Aman

Artikel Berikut

Pemancing Mati Lemas Di Kemaman

Artikel Berkaitan

PAS Tangguh Laksana Hudud

Klik

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

Penerima sulung Anugerah Ikon Pesara sebak imbau saat bersama kanak-kanak disleksia – “Persaraan berbaloi... ada jadi pilot, arkitek dan peguam”

KARNIVAL Rasa Sayang (KRS) 2019 anjuran KWAP membuka mata bakal pesara dan pesara untuk bergiat aktif selepas persaraan.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

Artikel Lain