Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia - Semasa | mStar

Ahli Parlimen Teluk Intan Meninggal Dunia

PETALING JAYA: Anggota Parlimen Teluk Intan Seah Leong Peng, 48, meninggal dunia akibat kanser di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada kira-kira pukul 7.30 pagi ini.

Timbalan Setiausaha DAP Datuk Ngeh Koo Ham mengesahkan perkara itu.

Sementara itu, anggota Parlimen Ipoh Timur Thomas Su berkata Seah dikesan menghidap kanser pada Febuari lepas.

"Sejak itu keadaannya semakin teruk dan menerima rawatan di Kuala Lumpur," katanya ketika dihubungi di sini, Khamis.

Beliau berkata mayat mendiang dijangka tiba di kediamannya di Teluk Intan petang Khamis.

Pada pilihan raya umum lepas, Seah menewaskan calon Barisan Nasional (BN) Datuk Mah Siew Keong dan calon Bebas, K. Moralingam dengan majoriti 7,313 undi.

Mendiang sebelum ini pernah menjadi anggota Dewan Undangan Negeri Pasir Bedamar selama tiga penggal sejak tahun 1999.

Teluk Intan , DAP

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Jurang ekonomi penduduk bandar dan desa cabaran utama WKB 2030

JURANG ekonomi yang besar di antara kumpulan pendapatan, etnik serta kawasan luar bandar dan bandar antara cabaran besar yang dihadapi negara.

default image

Merangsang Korporat Malaysia, PNB rangka strategi bersama pemimpin korporat kukuhkan ekonomi negara

SEJAJAR usaha Malaysia untuk menjadi kuasa ekonomi, adalah tepat pada masanya bagi sektor korporat negara meninjau ke arah langkah-langkah perubahan.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

Artikel Lain