120 Pati Ditahan Dalam Ops Cantas Khas - Semasa | mStar

120 Pati Ditahan Dalam Ops Cantas Khas

Gambar hiasan -

TAWAU: Polis Tawau menahan sejumlah 120 orang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) dalam Ops Cantas Khas di beberapa kawasan di daerah ini, pada Isnin.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Awang Besar Dullah berkata dalam operasi kira-kira pukul 4 pagi itu, sebanyak 73 lelaki dan 47 wanita berumur antara tiga dan 60 tahun ditahan.

"Operasi yang turut disertai Jabatan Imigresen itu dilakukan dibeberapa tempat termasuklah di kawasan bandar, Batu 10 Jalan Apas, dan Batu Lima Tinagat," katanya dalam satu kenyataan di sini, Selasa.

Beliau berkata kesemua yang ditahan tidak memiliki sebarang dokumen pengenalan diri itu telah diserahkan kepada Jabatan Imigresen untuk tindakan lanjut.

Katanya, selain itu pihaknya turut menahan tiga lelaki berusia di antara 21 dan 30 tahun kerana positif dadah dan kesemua mereka ditahan di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.

Sementara itu, Awang Besar meminta kerjasama dari orang ramai agar menyalurkan maklumat kepada pihak polis sekiranya terdapat sebarang penempatan pendatang asing di kawasan masing-masing.


Tawau , Pati

Artikel Sebelum

Garis Panduan Pemberian BB1M Dipinda

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

default image

Covid-19: Seminar Dr Azizan diteruskan secara online, tapi auranya ‘fuhhh’ macam buat dalam dewan besar - “Kami tak nak tangguh kejayaan anda”

PENULARAN wabak Covid-19 semakin meruncing berikutan peningkatan mendadak jumlah kes jangkitan virus itu di Malaysia.

Artikel Lain