suria

Umno Mahu Tahu Hudud PAS - Najib

Najib Tun Razak.

KUALA LUMPUR: Umno terbuka untuk mengadakan perbincangan dengan PAS mengenai cadangan perlaksanaan hukum hudud di Kelantan.

Presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, parti itu berminat untuk mengetahui dengan terperinci mengenai cadangan perlaksanaan undang-undang Islam itu.

"Kita nak tahu apa cadangan PAS, kita belum tahu apa cadangan sebenar mereka.

"Kalau PAS nak kemuka kepada kita, kita sedia nak tengok," katanya kepada pemberita di Menara Dato' Onn di sini, Jumaat.

Pada Khamis Najib menegaskan Kerajaan tidak pernah menolak hudud sebagai hukum yang telah ditetapkan oleh Allah SWT tetapi banyak perkara yang perlu diselesaikan sebelum ia dapat dilaksanakan.

Perdana menteri berkata, banyak kekangan dan keutamaan yang perlu diselesaikan dan diperhalusi sebelum hukum hudud ini dapat dilaksanakan tanpa menjejaskan matlamat hukum yang sebenar.

Sebelum ini kerajaan PAS Kelantan melalui Ahli Parlimen parti itu dilaporkan akan membawa usul rang undang-undang persendirian (Hukum Hudud) di Dewan Rakyat bagi mendapatkan kebenaran melaksanakan Enakmen Kanun Jenayah Syariah (2) 1993 selewat-lewatnya Disember tahun ini.

Najib Tun Razak, Hudud, PAS

Artikel Lain