suria

Liwat: Permohonan Rasmi Diperlukan, Tiada Lanjutan Tempoh Tarikh Akhir Rayuan Petisyen Berikutan Kematian Karpal

Anwar (kiri) dan Sulaiman Abdullah.
KUALA LUMPUR: Satu permohonan rasmi diperlukan untuk melanjutkan tarikh untuk Datuk Seri Anwar Ibrahim memfailkan petisyen rayuan di Mahkamah Persekutuan terhadap kes liwat beliau yang berakhir pada Khamis, berikutan kematian peguam utama Karpal Singh.

Peguam bersama, Zaleha al-Hayat berkata beliau telah menghantar surat kepada pejabat pendaftar Mahkamah Persekutuan pada petang Selasa meminta lanjutan tempoh dua minggu untuk memfailkan petisyen itu kerana kematian Karpal dalam satu kemalangan jalan raya Khamis lalu, tetapi sebaliknya pendaftar mahkamah meminta beliau untuk memfailkan permohonan rasmi.

"Ia adalah satu risiko untuk memfailkan notis usul (permohonan rasmi) pada masa kini untuk meminta lanjutan masa kerana tarikh akhir untuk memfailkan petisyen rayuan adalah pada hari Khamis," katanya.

Beliau berkata mereka perlu menjelaskan alasan bagi permintaan lanjutan, termasuklah kematian Karpal dan hakikat bahawa peguam bersama dan juga anaknya, Ramkarpal Singh Deo masih berkabung.

Zaleha berkata Ramkarpal telah mempercepatkan proses untuk memfailkan petisyen itu.

"Peguam utama ialah Sulaiman Abdullah," Zaleha mengesahkan.

Anwar kini merayu terhadap sabitan bagi kes liwat dan hukuman penjara lima tahun yang dikenakan oleh Mahkamah Rayuan pada 7 Mac.

Anwar didakwa meliwat Saiful pada usia 23 tahun di sebuah unit kondominium di Desa Damansara di Bukit Damansara antara pukul 3.10 - 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Artikel Berikut

Artikel Lain