Asap Tebal Selubungi Dungun Dan Kemaman Akibat Kebakaran Hutan - Semasa | mStar

Asap Tebal Selubungi Dungun Dan Kemaman Akibat Kebakaran Hutan

Anggota Bomba dan Penyelamat berusaha memadamkan kebakaran hutan paya gambut di Kampung Tok Kah di Dungun, Februari lalu.
KEMAMAN: Jabatan Bomba dan Penyelamat Terengganu mengesan beberapa kebakaran hutan dan tanah gambut sejak Selasa lalu terutama di Kemaman dan Dungun yang dipercayai akibat cuaca panas kering sejak beberapa bulan lalu.

Pegawai Pusat Gerakan Operasi Bomba negeri Abdullah Zawawi Mohamed berkata kebakaran hutan tanah gambut di Kampung Kuala Abang, Dungun dikesan Selasa lalu dan setakat ini memusnahkan kawasan seluas 13 hektar.

Pada Jumaat lepas satu lagi kebakaran dikesan di Kampung Mak Chili, Kemaman dan disusuli kebakaran tapak pelupusan sampah di kampung itu sejak dua hari lepas, katanya kepada Bernama.

Menurutnya sehingga kini operasi pemadaman sedang dilakukan yang turut menyebabkan asap tebal dan jerebu di beberapa kawasan di daerah terjejas. 

Beliau berkata keutamaan operasi ialah memadam kebakaran di kawasan berhampiran penempatan penduduk serta kawasan sekolah.

Sementara itu tinjauan Bernama di daerah ini terutama di Kampung Mak Chili mendapati asap tebal menyelubungi kawasan sehingga mengganggu penglihatan pengguna jalan raya.

Menurut Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Chukai, Yahaya Hanafi pihaknya mengambil masa tiga hari bermula Jumaat lalu bagi mengawal kebakaran membabitkan 100 hektar belukar di Kampung Mak Chili.

"Bagi operasi tersebut kita mengalami sedikit kesulitan ekoran tiada punca dan sumber air dikawasan tersebut dan kita terpaksa mengangkut air dari kawasan lain bagi memadamkan kebakaran," katanya.
Kemaman , Dungun , tanah gambut , kebakaran

Artikel Berkaitan

Kera Cederakan Bayi Ditembak

Pemancing Mati Lemas Di Kemaman

Klik

default image

15 prinsip tulang belakang untuk capai matlamat WKB2030

LIMA belas prinsip panduan digariskan berasaskan tiga aspek penting iaitu pembangunan untuk semua, menangani jurang kekayaan dan pendapatan serta negara bersatu, makmur dan bermaruah.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 sasar rapatkan jurang pendapatan rakyat... ini fakta penting yang anda perlu tahu

EKONOMI negara akan distruktur semula menerusi Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030).

default image

Percutian travel tren janjikan servis 'awesome' dan 1,001 pengalaman menakjubkan!

TRAVEL serata dunia lebih pantas dengan menggunakan kapal terbang tetapi amat menyeronokan jika tren menjadi pilihan.

default image

TMM2020: “Malaysia ada makanan sedap, banyak tempat indah dan membeli-belah pun murah” - Muhamaddin Ketapi

MALAYSIA menetapkan sasaran 30 juta pelancong dengan sasaran pendapatan sehingga RM100 bilion untuk TMM2020.