suria

BMW Lancar BMW 420i Coupe Baharu

Kereta BMW 420i Coupe boleh diperoleh dalam lima pilihan warna.
KUALA LUMPUR: BMW Group Malaysia pada Rabu melancarkan kereta BMW 420i Coupe baharu yang akan menaikkan penanda aras untuk segmen kereta premium jenis sports coupe.

Dijual pada harga RM299,800 di atas jalan, BMW 420i akan memperkukuh kedudukan syarikat itu sebagai penjual jenama automotif premium nombor satu di negara ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Gerhard Pils yakin BMW 420i itu akan terus menyerlah dengan kemampuan dinamis serta memberi limpahan nikmat pemanduan kepada pembelinya di Malaysia.

"Kereta BMW 420i Coupe dengan pelbagai pembaharuan ini akan membolehkan pembeli memilih satu rangkaian coupe bagi menikmati keselesaan sebenar sebuah kereta premium dua pintu," kata beliau dalam satu kenyataan.

Kereta BMW 420i Coupe itu boleh diperoleh dalam warna alpine white, black sapphire, midnight blue, mineral grey dan leather dakota black.
BMW, BMW 420I Coupe, Gerhard Pils

Artikel Lain