MH370: Kapal Bunga Mas 6 Ke Lautan Hindi - Semasa | mStar

MH370: Kapal Bunga Mas 6 Ke Lautan Hindi

LUMUT: Kapal auxiliary Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) Bunga Mas 6 (BM6) (gambar) memulakan pelayaran ke Lautan Hindi pada Rabu bagi misi bantuan logistik pencarian pesawat Malaysia Airlines MH370 yang hilang sejak 8 Mac.

Panglima Pemerintah Bantuan Laksamana Madya Datuk Mohamad Roslan Mohamad Ramli berkata BM6 adalah kapal ketujuh TLDM yang digerakkan bagi misi pencarian pesawat itu.

BM6 diketuai Komander J. Kuharaj sebagai Pegawai Pemerintah manakala anak kapal terdiri daripada 25 orang anggota daripada Malaysian International Shipping Corporation (MISC) yang diserapkan sebagai Pasukan Simpanan Sukarela TLDM.

Turut serta dalam misi bantuan ini seorang anggota dan pegawai perubatan daripada Tentera Darat.

"Pendekatan pengoperasian kapal auxiliary TLDM yang dikendalikan sepenuhnya oleh pasukan simpanan sukarela TLDM dalam misi ini merupakan satu usaha perkongsian antara Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan MISC dalam isu yang melibatkan kepentingan negara," katanya kepada pemberita selepas menyempurnakan majlis pelepasan Kapal BM6 di pangkalan TLDM di sini.

"Kami akan menjalankan misi itu terutamanya di kawasan barat Perth, Australia bersama-sama KD Lekiu yang telah beroperasi di sana sejak 19 Mac lepas," katanya.

Mohd Roslan berkata BM6 dijangka tiba di kawasan operasi pada 25 April.

Beliau berkata pihaknya bersedia menggerakkan misi itu secara berterusan sehingga mendapat arahan selanjutnya daripada kerajaan.

Penerbangan MH370, yang membawa 227 penumpang dan 12 anak kapal, hilang pada 8 Mac ketika dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Beijing, kira-kira sejam setelah berlepas dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) pada 12.41 tengah malam. Ia sepatutnya mendarat di Beijing pada 6.30 pagi hari yang sama.


MH370 , TLDM

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Bunuh: Penjual Burger Dihukum Gantung

Artikel Berkaitan

Klik

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

Ketahui 8 petunjuk bagi memantau manfaat WKB 2030 dikongsi rakyat

INDIKASI sosial sedang dibina bagi memastikan Wawasan Kemakmuran Bersama 2030 (WKB 2030) memenuhi sasaran dan memberi manfaat kepada semua.

default image

Jom bantu bayar balik pinjaman PTPTN pekerja! Pelepasan cukai antara 7 kelebihan untuk dinikmati majikan

HUBUNGAN majikan dan pekerja ibarat irama dan lagu, kedua-duanya saling memerlukan antara satu sama lain demi kelangsungan operasi syarikat.

default image

Perahu naga bakal 'membelah' Tasik Putrajaya, 90 pasukan korporat berentap rebut gelaran juara!

SEMUA peserta nampaknya tidak sabar untuk menyahut cabaran bagi merebut gelaran juara perlumbaan perahu naga di Tasik Putrajaya.

Artikel Lain