suria

Khalid Tidak Bimbang Kritikan Isu Bible

Abdul Khalid Ibrahim.

SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim tidak bimbang dengan kritikan mengenai beliau mengendalikan isu berkaitan rampasan naskhah Bible yang dibuat oleh Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) terhadap Persatuan Bible Malaysia (PBM) Januari lalu.

"Kerajaan telah bertindak dalam bidang kuasa berhubung insiden itu," katanya kepada para pemberita di sini, Rabu.

Ditanya sama ada beliau akan mengarahkan Jais untuk memulangkan semula naskhah Bible kepada BSM, memandangkan persatuan itu telah berpindah pejabat di Kuala Lumpur, Khalid berkata, ia bukan keputusan kerajaan negeri untuk berbuat demikian, sambil menambah bahawa perkara itu dikendalikan oleh itu pejabat Peguam Negara.

Khalid bagaimanapun berkata, beliau akan menulis surat kepada pejabat Peguam Negara bagi menyegerakan proses berkenaan.

Terdahulu, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dipetik sebagai berkata bahawa Khalid, melalui kerajaan negeri, boleh mengembalikan semula 300 naskhah Bible versi bahasa Melayu yang dirampas Jais kepada PBM selagi ia tidak diedarkan kepada orang Islam.

Ahli Parlimen Puchong yang juga Pengerusi Biro Undang-Undang Kebangsaan DAP, Gobind Singh turut mengkritik Khalid dalam mengendalikan isu tersebut.

"Menteri Besar telah menunjukkan kelemahan kemahuan dan kepentingan politik dalam menangani isu itu dan ia mengakibatkan kurang kepercayaan bukan sahaja penganut Kristian tetapi juga kebanyakan rakyat Malaysia terhadap kepimpinan beliau di Selangor. Khalid perlu bertanggungjawab sepenuhnya dalam kegagalan Selangor untuk menyelesaikan isu Bible," kata Gobind dalam satu kenyataan pada Rabu.

Pada Selasa, PBM mengumumkan keputusan untuk memindahkan ibu pejabatnya dari Selangor ke Kuala Lumpur selepas menunjukkan kekecewaan mereka terhadap kerajaan negeri dalam menangani isu tersebut.

Sementara itu, Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Shamsuddin Lias bersama wakil Barisan Nasional (BN) negeri yang lain, sentiasa menyokongJais dalam perkara itu, dengan mengatakan bahawa beliau tidak menaruh sebarang perasaan kurang senang terhadap PBM.

"Apa yang kami mahukan adalah supaya semua orang di negeri ini mematuhi enakmen Islam negeri dan menghormati agama," katanya.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas sekiranya pertukaran lokasi ibu pejabat PBM itu akan menjejaskan imej kerajaan negeri.

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain