Program Transformasi Ekonomi Perlu Diteruskan - Najib - Semasa | mStar

Program Transformasi Ekonomi Perlu Diteruskan - Najib

najib
Najib (kiri) menyampaikan amanat kepada warga kerja Kementerian Kewangan pada Perhimpunan Bulanan Khas Kementerian Kewangan di Putrajaya, Selasa. Turut sama ialah Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan (kanan) dan Ketua Setiausaha Perbendaharaan, Tan Sri Dr Mohd Irwan Serigar Abdullah. Foto BERNAMA

PUTRAJAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, program transformasi ekonomi yang telah dirancang perlu diteruskan, dan sebarang bentuk kajian semula mengenainya akan memberi isyarat negatif kepada ekonomi negara.

"Sebarang bayangan atau isyarat bahawa proses ini akan kita perlahankan atau kita akan kaji semula, akan memberi isyarat yang begitu negatif kepada ekonomi kita," katanya pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Kewangan pada Selasa.

Justeru, Najib yang juga Menteri Kewangan, berkata langkah-langkah yang diambil kerajaan seperti konsolidasi fiskal, rasionalisasi subsidi, termasuk langkah memperkenal cukai barangan dan perkhidmatan (CBP) perlu dilakukan. 

Katanya, langkah-langkah ini perlu dilakukan dengan kaedah berhemat dan tidak keterlaluan dari segi pelaksanaannya, atau dalam erti kata lain tidak membebankan rakyat.

"Kita mesti melakukan langkah-langkah ini supaya kedudukan kewangan negara semakin mantap dan semakin kukuh.

"Apabila fundamental seperti ini menampakkan kesungguhan dan iltizam politik kita, maka keyakinan dunia, termasuk agensi penarafan terhadap kita akan bertambah positif lagi," kata Najib.

"Saya yakin dan percaya dengan cara sebegini akan dapat menunjukkan kemampuan kita untuk bersaing dengan ekonomi yang lain kerana kita perlu kepada kadar pertumbuhan yang sederhana tinggi.

"Kalau tidak ada pertumbuhan ekonomi, masalah kita akan bertambah berat, kalau kita nak lakukan apa sahaja, termasuk konsolidasi fiskal tanpa pertumbuhan ekonomi yang baik dan merangsangkan, cabaran ini akan menjadi lebih rumit lagi.

"Sebab itu komitmen kita untuk mencapai dalam lingkungan lima peratus mungkin kurang sikit atau lebih sikit... Tahun lepas, kita dapat 4.7 peratus, tahun ini mudah-mudahan kita mungkin dapat lebih daripada itu," katanya.

Perdana Menteri juga berkata, negara tidak boleh bergantung dengan dasar yang begitu populis.

"Misalnya dunia tahu bahawa CBP baik untuk ekonomi sesebuah negara...kita semua yakin bahawa langkah kehadapan adalah melalui CBP yang boleh menentukan masa depan ekonomi negara kita dan kesejahteraan rakyat.

"Tapi masih ada pihak, kerana politik, yang mengambil platform populis menentang, walhal ini adalah untuk kebaikan rakyat. "Kita akui tahun pertama mungkin ada kenaikan sikit, tapi itu sekali dan tidak terlalu berat, dan kita ada langkah-langkah tertentu untuk tidak terlalu membebankan rakyat, dan yang penting asas kewangan negara akan lebih kukuh dan mantap," jelas Najib.

Artikel Sebelum

Teng Diyakini Mampu Galas Tugas

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Klik

default image

Pelan Pembangunan KL... inilah harapan warga kota

INFRASTRUKTUR dan pengurusan bandar yang lebih baik merupakan perkara teratas dalam senarai Pelan Struktur Kuala Lumpur 2040 (PSKL) yang ingini penduduk Kuala Lumpur.

default image

Putrajaya... tak kenal maka tak cinta

PUTRAJAYA dibina atas sebuah impian. Dan berdasarkan beberapa pertimbangan, ia merupakan lokasi impian untuk didiami.

default image

Carum Perkeso untuk dilindungi walau bekerja sendiri kerana malang tidak berbau!

MATLAMAT utama mengumpul duit dan trip perjalanan, tapi adakah pemandu pengangkutan awam menyedari ‘malang tidak berbau’ ketika bekerja?

default image

Pakar ekonomi saran Malaysia laksana pembaharuan struktur

HALA tuju perdagangan dan pelaburan global memainkan peranan penting dalam ekonomi terbuka seperti Malaysia.

default image

Tingkatkan kemahiran, produktiviti untuk lonjakkan status ekonomi Harimau Asia

DALAM usaha untuk melonjakkan status sebagai ekonomi Harimau Asia, Malaysia berusaha untuk mengukuhkan ekonomi dan status fiskal menjelang 2021.